Kota Marudu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Marudu
كوتا مارودو
Transkripsi lain
 • Jawiكوتا مارودو
Pusing keliling di Langkon Commercial Center, Kota Marudu
Pusing keliling di Langkon Commercial Center, Kota Marudu
Mohor rasmi Kota Marudu كوتا مارودو
Lokasi daerah dan pekan Kota Marudu
Lokasi daerah dan pekan Kota Marudu
Kota Marudu is located in Bumi
Kota Marudu
Kota Marudu (Bumi)
Koordinat: 6°29′23″N 116°44′10″E / 6.48972°N 116.73611°E / 6.48972; 116.73611Koordinat: 6°29′23″N 116°44′10″E / 6.48972°N 116.73611°E / 6.48972; 116.73611
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Kudat
DaerahKota Marudu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kota Marudu
 • Pegawai DaerahAlexander Yong
 • MP•Yang Berhormat Datuk Wetrom Bahanda (KDM) (Kota Marudu)
•Yang Berhormat Dato' Verdon Bahanda (Bebas) (Kudat)
Keluasan
 • Jumlah1,917 km2 (740 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah8,716
 Populasi di sekitar Kota Marudu sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kota Marudu.
Zon waktuMST
Poskod
89100
Kod kawasan088
Kawasan KejirananTandek, Langkon, Bandau
Tamu MingguanAhad
Nombor platSK
Laman sesawangpdkotamarudu.sabah.gov.my

Kota Marudu merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Kota Marudu, Bahagian Kudat, Sabah. Kota Marudu juga merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Kota Marudu. Ahli parlimen Kota Marudu ialah Y.B Datuk Wetrom Bahanda, dari KDM.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kata "Marudu" berasal dari bahasa orang-orang Bajau-Suluk atau Bannaran iaitu dari kata "Mairudu" atau Maiuludu"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga".

Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang. Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.

Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan) kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.

Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim (Brunei) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu.Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.

Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.

Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan "many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security". D.S.R. Singh "The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku Commemorative History of Sabah, 1881-1981, m.s. 96. Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.

Menurut S.St. John dalam bukunya "Life in the Forests of the Far East", London, 1863, m.s. 394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman's Chiefdom (Marudu atau Maludu) dianggarkan lebih kurang 50,000 orang (tahun 1840-an) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.

Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840-an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.

Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Kota Marudu[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kota Marudu pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 695 3,022 1,214 23 1,911 1,063 51 111 626 8,716
2020 (Akan Datang)

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kota Marudu pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 4,424 4,292 8,716

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  1. Mundan Hill (Kampung Talantang)
  2. Bukit Kotud (Kampung Simpangan)
  3. Ragas Sundu Nunuk (Kampung Manggaris)
  4. Gunung Nomboyukon (Kampung Mangkalua)
  5. Gunung Tambuyukon (Serinsim Station)

Orang terkenal[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&
  2. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-04-03.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]