Kota Ngah Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kota Ngah Ibrahim

Kota Ngah Ibrahim adalah satu bangunan bersejarah yang dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, seorang pembesar Perak yang masyhur kerana menjadi salah seorang penentang campur tangan British dalam Hal Ehwal Pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matang dalam tahun 1854. Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter. Tapak ini kira-kira 8 km dari bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih timah.

Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, Penolong Residen di samping digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch . Mereka didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21 Januari 1877.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1913, Bangunan Kota ngah Ibrahim digunakan sebagai bangunan untuk Maktab Perguruan Melayu dikenali sebagai Kolej Matang sehinggalah pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris dalam tahun 1923. Bangunan itu kemudiannya digunakan sebagai bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Matang. Semasa Pendudukan Jepun, bangunan ini dijadikan ibu pejabat tentera Jepun

Muzium Sejarah Matang[sunting | sunting sumber]

Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, bangunan ini kembali digunakan sebagai bangunan sekolah, sehingga tahun 1985 bila mana bangunan ini diambil alih oleh Jabatan Muzium & Antikuiti Perak dan dijadikan bangunan Kompleks Sejarah Matang.

Kompleks Sejarah Matang,
Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim,
34750 Matang, Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-8477970

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]