Kota Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pegenalan[sunting | sunting sumber]

Kota Puteri adalah sebuah bandar baru yang berada di negeri Selangor. Terdapat 12 seksyen di dalam kota ini. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor adalah pemajunya yang diambil alih daripada Perbadanan Islam Johor .Kota Puteri berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Kota Puteri terletak di timur Kuala Selangor. Ia terletak di penghujung daerah Gombak dan bersempadan dengan daerah Kuala Selangor.

Jaringan jalan raya[sunting | sunting sumber]

Lokasinya strategik dan mempunyai jaringan jalan-jalan utama. Jika anda dari Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur, Lebuhraya KL-Kuala Selangor boleh digunakan dan keluar di persimpangan Puncak Alam. Anda juga boleh menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia 54 Jalan Kuala Selangor (B54) menuju ke Ijok.

Kawasan Berhampiran[sunting | sunting sumber]

Selain itu, Kota Puteri berhampiran dengan Batu Arang , Bandar Tasik Puteri , Ijok , Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya dan Hutan Simpan Rantau Panjang.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • pknsproperty.com/KotaPuteri
  • pkns.gov.my
Kota Puteri Seksyen 1 
Kota Puteri Seksyen 2 
Kota Puteri Seksyen 3 
Kota Puteri Seksyen 4 
Kota Puteri Seksyen 5 
Kota Puteri Seksyen 6 
Kota Puteri Seksyen 7 
Kota Puteri Seksyen 8 
Kota Puteri Seksyen 9 
Kota Puteri Seksyen 10 
Kota Puteri Seksyen 11 
Kota Puteri Seksyen 12 

Rujukan[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.