Kota Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Raya, pusat perniagaan di Kuala Lumpur.

Kompleks Kota Raya merupakan sebuah bangunan perniagaan di Kuala Lumpur. Ia terletak berhampiran dengan Plaza Pudu. Ia terletak berhampiran dengan Jalan Petaling.

Kompleks Kota Raya memiliki banyak kedai kasut, bag tangan, kain, dan pakaian. Kedudukan Kompleks Kota Raya adalah strategik di persimpangan Jalan Silang dan Jalan Tun Tan Cheng Lock, yang merupakan pusat pembangunan lama di Kuala Lumpur. Ia dikelilingi dengan banyak bangunan kewangan dan bank sementara, di samping bangunan Puduraya, yang hanya terletak 5 minit berjalan kaki dari situ.

Kontrovesi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Disember 2015, terdapat dakwaan bahawa seorang pelanggan wanita telah dikurung selama empat jam, selepas dipaksa membeli sebuah telefon bimbit. Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM kemudiannya mendakwa bahawa wujudnya sebuah rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di kompleks tersebut, untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan. Kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan itu adalah warga asing, yang terdiri daripada golongan wanita.[1] Susulan kejadian tersebut, pada 20 Disember 2015, sebuah kedai telah diserang kerana dituduh menipu.[2] Beberapa orang telah ditangkap bagi tujuan siasatan, yang menyebabkan kecederaan, samun dan merusuh.[3]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikurung empat jam kerana telefon bimbit.
  2. ^ "Peniaga di Plaza Kota Raya diserang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-21. Dicapai pada 2015-12-21.
  3. ^ "Pergaduhan di Kota Raya disiasat di bawah tiga kesalahan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2015-12-21.