Kota Setia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Kota Setia
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Perak Tengah
Mukim Pekan Kota Setia
Keluasan 8,288 hektar[1]

Kota Setia merupakan sebuah kampung di sebelah barat Teluk Intan, negeri Perak, berhampiran dengan muara Sungai Perak. Kota Setia juga merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.

Tempat lain yang berhampiran ialah Hujung Rintis, Sungai Dedap, Sungai Kerang, Sungai Kerawai, Seberang Perak, Teluk Baru, Teluk Birah, Bagan Datoh dan lain-lain.

Kota Setia pernah dijadikan tajuk drama bersiri yang mengisahkan perjuangan orang Melayu pimpinan Datuk Maharaja Lela menentang sistem Residen British di Perak 1875.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Dari Teluk Intan ke Lumut, melalui jambatan batu 5 dan Lebuh raya Kayan, anda belok ke sebelah kiri berhampiran dengan Sungai Dedap.


  1. "Satistik Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. 2014-07-11. Diperoleh pada 2014-11-18.