Kotak hitam (pengangkutan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kotak hitam (Inggeris: black box) adalah suatu nama gantian yang digunakan bagi merujuk kepada beberapa alat rakaman dalam bidang pengangkutan - umumnya merujuk kepada perakam penerbangan (perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR)) dalam kapal terbang, perakam peristiwa kereta api dalam kereta api dan perakam data peristiwa dalam kereta.

Penerbangan [sunting]

Kotak hitam FDR

Fungsi kotak hitam sendiri adalah untuk merakam komunikasi antara juruterbang dengan kawalan lalu lintas udara (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya perakam penerbangan tersebut tidak berwarna hitam melainkan berwarna jingga/oren. Hal ini kerana untuk memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kemalangan.[[en:Black box (transportation)]