Kowloon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kowloon
九龍
Peta Daerah Kowloon
Populasi (2006)
 • Jumlah 2,019,533
 • Kepadatan 43,033/km2 (111,450/sq mi)
Zon waktu Waktu Hong Kong (UTC+8)
Kowloon
Cina Tradisional: 九龍
Maksud harfiah: Sembilan naga
Kowloon, Hongkong Island
Kowloon pada 1915
Semenanjung Kowloon Peninsula pada waktu enja
Highrise buildings and mine in East Kowloon
Kowloon (termasuk New Kowloon) ialah sebuah kawasan yang dikelilingi oleh banjaran gunung di utara. Lion Rock di tengah adalah salah satu puncak di banjaran tersebut.

Kowloon adalah sebuah kawssan bandar di Hong Kong yang terdiri dari Semenanjung Kowloon dan Kowloon Baru. Ia bersempadan dengan selat Lei Yue Mun di timur, Mei Foo Sun Chuen dan Pulau Stonecutters di barat, Tate's Cairn dan Lion Rock di utara, dan Pelabuhan Victoria di selatan. Kowloon mempunyai 2,019,533 penduduk dan kepadatan penduduk 43,033/km² pada tahun 2006. Kowloon terletak di utara Pulau Hong Kong dan selatan kawasan tanah besar New Territories. Kawasan semenanjungnya kira-kira 47 km² atau 18.1 batu persegi luas. Bergabung dengan Pulau Hong Kong, ia mempunyai 48% daripada jumlah penduduk Hong Kong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Kowloon berasal dari sembilan naga yang dilambangkan oleh lapan puncak dan seorang maharaja Cina: Puncak Kowloon, Tung Shan, Tate's Cairn, Temple Hill, Unicorn Ridge, Lion Rock, Bukit Beacon, Crow's Nest dan Maharaja Bing[1]

Bahagian Kowloon selatan di Boundary Street serta Pulau Stonecutters, diserahkan dinasti Qing China kepada United Kingdom di bawah Konvensyen Peking tahun 1860. Untuk bertahun-tahun lamanya kawasan tersebut kekal tidak dibangunkan, digunakan oleh British terutamanya untuk ekspedisi pemburuan harimau.

Bahagian Kowloon utara di Boundary Street (Kowloon Baru) telah dipajakkan oleh British sebagai sebahagian New Territories pada 1898 untuk 99 tahun. Dalam lingkungan New Kowloon adalah bandar raya Kowloon, yang merujuk sebuah kawasan, di mana Kota Bertembok Kowloon pernah terletak. Kota Bertembok Kowloon telah dirobohkan pada 1993. Kawasan yang sama pernah dipanggil 官富場 (Pinyin: Guanfuchang) sewaktu dinasti Song.

Walau bagaimanapun, dewasa ini Kowloon Baru tidak dianggap sebagai sebahagian New Territories, sebaliknya sebagai sebahagian kawasan bandar Kowloon di kedua-dua belah Boundary Street. Bagi tujuan taksiran cukai, Kowloon Baru tidak dianngap sebahagian daripada Kowloon dan kekal sebagai New Territories seperti dalam akta-akta. Hartanah di Kowloon Baru tertakluk pada pembayaran pajak tanah seperti mereka di New Territories.

Pembangunan skal besar Kowloon bermula pada awal abad ke-20, dengan pembinaan Laluan Kereta Api Kowloon-Canton dan Dermaga Kowloon.

Oleh sebab Kowloon hampir dengan Lapangan Terbang Kai Tak, pembinaan bangunan dihadkan oleh ketinggian laluan penerbangan. Berbanding dengan Pulau Hong Kong, Kowloon menyebabkan dari segi seni bina; latar langit yang lebih rendah.[1] Selepas Perang Dunia II, Kowloon menjadi teramat sesak dibanjiri perumahan setinggan yang diduduki orang pelarian dari penubuhan Republik Rakyat China, justeru diberi laluan kepada kawasan perumahan awam, yang bercampur dengan kawasan perumahan persendirian, komersial dan perindustrian.

Kowloon Barat pernah dijadikan pangkalan untuk limbungan untuk Tentera Laut Diraja dan kini digunakan untuk teduhan taufan. Ia boleh disampai melalui bot; dinamakan Star Ferry. Pada 1 Julai 1997, kedua-dua bahagian Kowloon dipindahkan kepada Republik Rakyat China bersama seluruh Hong Kong yang lain.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kowloon terdiri daripada daerah-daerah berikut:

Politik[sunting | sunting sumber]

Kowloon meliputi dua kawasan pengundian Majlis Perundangan Hong Kong:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Fallon, Steve. [2006] (2006) Hong Kong and Macau. Lonely Planet Publishing. ISBN 981-258-246-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 22°19′N 114°11′E / 22.317°U 114.183°T / 22.317; 114.183Templat:Hong Kong