Koyakan Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran animasi bagi Koyakan Besar terhadap sebuah galaksi.

Koyakan Besar merupakan hipotesis kosmologi yang mula diterbitkan pada tahun 2003, mengenai nasib muktamad alam semesta, iaitu jirim alam semesta, dari bintang dan galaksi ke atom dan zarah keunsuran, akan dirobek oleh pengembangan alam semesta pada satu masa akan datang. Secara teorinya, faktor skala alam semesta menjadi tidak terhingga pada masa terhingga pada masa akan datang.

Hipotesis ini amat bergantung kepada jenis tenaga gelap dalam alam semesta. Nilai kunci merupakan persamaan keadaan w, nisbah antara tekanan tenaga gelap dan ketumpatan tenaganya. Pada w < − 1, alam semesta akan dikoyakkan. Tenaga ini dikenali sebagai tenaga fantom, lebih ganas dari kuintesens.

Dalam alam semesta yang dikuasai tenaga fantom, "fabrik" alam semesta mengembang pada kadar yang meningkat. Walau bagaimanapun, ini menunjukkan bahawa saiz alam yang tercerap sentiasa mengecil; jarak ke sisi alam tercerap yang bergerak pada kelajuan cahaya semakin mendekati. Apabila saiz alam tercerap itu lebih kecil dari mana-mana struktur, maka, tiada saling tindak antara bahagian yang terjauh berlaku, sama ada kegravitian mahupun keelektromagnetan), maka mereka akan dikoyakkan.

Mula-mula, galaksi akan terpisah antara satu sama lain. Memang itupun yang berlaku kini, dengan galaksi yang bergerak keluar alam tercerap (lebih kurang 46.5 bilion tahun cahaya jauhnya). Lebih kurang 60 juta tahun sebelum pengakhirannya, graviti akan terlalu lemah untuk memegang Bima Sakti dan galaksi yang lain bersama. Lebih kurang tiga bulan sebelum pengakhiran, sistem suria akan tidak terikat secara graviti lagi. Dalam minit-minit terakhir, bintang dan planet akan dirobek, dan beberapa detik sebelum pengakhiran, atom akan dimusnahkan.

Pengarang hipotesis ini, yang diketuai Robert Caldwell dari Kolej Dartmouth, mengira bahawa pengakhiran alam semesta akan jadi lebih kurang 50 bilion tahun lagi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Daily Kos: Science Friday: Long Live the Big Rip!
  • The Big Rip: New Theory Ends Universe by Shredding Everything
  • Caldwell, Robert R. (2003). ""Phantom Energy and Cosmic Doomsday"". Templat:Arxiv. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Idea Koyakan Besar ini digunakan oleh Arthur C. Clarke dan Stephen Baxter dalam novel mereka Firstborn, bahagian ketiga dan terakhir dalam trilogi A Time Odyssey.