Krayan, Nunukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Krayan
Kecamatan
Negara  Indonesia
Provinsi Kalimantan Timur
Kabupaten Nunukan
Kerajaan
 • Camat -
Luas 1,837.54[1] km²
Jumlah penduduk 8,438 orang
Kepadatan - orang/km²
Desa/kelurahan 65

Krayan merupakan sebuah kecamatan di Kabupaten Nunukan, provinsi Kalimantan Timur, Republik Indonesia.

Kecamatan Krayan terletak di bahagian barat Kabupaten Nunukan dan bersempadan langsung dengan negeri Serawak, Malaysia. Terdiri didalamnya sebanyak 65 desa yang berpusat pemerintahan di Long Bawan, jumlah penduduknya pula dianggarkan seramai 8,438 orang yang sebahagian besarnya ialah penduduk asli pedalaman Kalimantan iaitu Suku Dayak Lundayeh.

Perjalanan untuk mencapai kecamatan ini dari Kecamatan Nunukan harus ditempuh melalui perkhidmatan pengangkutan udara dari Lapangan Terbang Nunukan ke Lapangan Terbang Mini Long Bawan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kecamatan Krayan terkenal sebagai penghasil beras terbesar di Kabupaten Nunukan, iaitu jenis beras adan yang merupakan padi unggul organik, yang banyak dipasarkan ke Malaysia dan Brunei. Daerah ini juga memiliki komoditi unik iaitu garam gunung hasil dari pengolahan sumur air bergaram.

Sebahagian wilayah kecamatan ini berupa Taman Nasional Kayan Mentarang yang kaya dengan keanekaragaman sumber alam semulajadi. Keaslian alam semulajadi yang masih terpelihara ini adalah disebabkan terdapat faktor kearifan Suku Dayak dalam mengelola daerah Krayan untuk menjadi salah satu kawasan penyelidikan hutan hujan tropika di peringkat antarabangsa dan berpotensi besar menjadi daerah bagi tujuan eko-pelancongan.[2]

Batas wilayah[sunting | sunting sumber]

Batas-batas wilayah kecamatan Krayan adalah sebagai berikut :

Utara Sabah, Malaysia
Selatan Kabupaten Malinau dan kecamatan Krayan Selatan
Barat Sarawak, Malaysia
Timur Kabupaten Malinau


Rujukan[sunting | sunting sumber]