Krayon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Krayon adalah suatu bahan biasanya berbentuk seperti pensil yang diperbuat daripada lilin, arang, kapur, atau bahan-bahan lain untuk digunakan dalam penulisan, pewarnaan, dan lukisan. Krayon yang diperbuat daripada kapur lilin digelar sebagai pewarna lilin berminyak (pastel berminyak) manakala yang diperbuat daripada pigmen pula dipanggil pewarna lilin (pastel) sahaja.

Krayon biasanya digunakan oleh kanak-kanak untuk melukis dan mewarna. Krayon juga merupakan bahan asas di kebanyakan prasekolah kanak-kanak di seluruh dunia. Pewarna ini amat mudah digunakan, tidak kotor (sebagaimana cat dan marker pen), tumpul (tidak berbahaya untuk kanak-kanak berbanding pewarna yang lebih tajam), tidak bertoksik, dan mempunyai pilihan warna yang banyak. Tambahan pula, krayon kini amat mudah didapati di pasar-pasar raya dan kedai-kedai alat tulis.

Fakta Menarik[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang krayon:-

  • Warna krayon adalah kalis cahaya dan kalis air.
  • Pada 98 tahun yang lalu, lebih daripada 100 bilion krayon Crayola telah dihasilkan.
  • Kebanyakan nama krayon Crayola diambil daripada buku U.S. Commerce Department's National Bureau of Standards yang dipanggil Color: Universal Language and Dictionary of Names(Warna:Bahasa Sejagat dan Kamus Nama). Beberapa nama juga diambil daripada nama pelukis-pelukis tradisional.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengeluar terbesar krayon di dunia ialah Crayola LLC (dahulunya adalah Binney & Smith Inc.), iaitu pengeluar krayon jenama Crayola yang diperbuat daripada lilin parafin, sejenis produk petroleum. Jenama pertama kotak krayon Crayola yang mengandungi 8 krayon Crayola muncul buat pertama kalinya pada tahun 1903, dan merupakan krayon pertama yang tidak bersifat toksik, khas untuk kanak-kanak. Ia dijual pada harga hanya US$0.05 dan warna-warna yang terkandung di dalamnya ialah hitam, coklat, biru, merah, ungu, oren, kuning, dan hijau. Perkataan Crayola diilhamkan oleh Alice Stead Binney, isteri kepada Edwin Binney. Dia telah menggabungkan 2 perkataan Perancis iaitu craie yang bermaksud kapur tulis dan oléagineux yang bermaksud berminyak. Kilang Crayola terletak di Easton, Pennsylvania.

Jenama pengeluar krayon lain termasuk juga Rose Art Industries dan Dixon Ticonderoga. Antara lainnya, krayon terbesar dihasilkan daripada 5 juta liter lilin semasa perhimpunan krayon di Butenseken Sweden.

Seni[sunting | sunting sumber]

Sesetengah syarikat seni seperti Swiss Caran d'Ache mengeluarkan krayon laru air. Apabila ia dicampurkan dengan air, warna-warna krayon ini dengan mudahnya bercampur.

Pastel berminyak amat terkenal dalam kerja seni lukis. Krayon Conté yang diperbuat daripada tanah liat dan grafit digunakan untuk melakar. Antara yang terkenal dalam penggunaan krayon conté dalam hasil kerja tangan mereka ialah Antoine Watteau dan Jean-François Millet.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]