Kriket Twenty20 Dunia 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
2007 ICC World Twenty20

Logo Kejohanan Kriket Dunia 2020 : 2007
Penganjur Majlis Kriket Antarabangsa
Format kriket Twenty20 Antarabangsa
Format Kejohanan Round robin dan Kalah mati
Tuan rumah Afrika Selatan
Juara India
Bil Penyertaan 12 (dari 16 penyertaan)
Bil perlawanan 27
Pemain terbaik Shahid Afridi
Larian terbanyak Australia Matthew Hayden (265)
Wicket terbanyak Umar Gul (13)

Kejohanan Kriket Twenty20 Dunia 2007 atau ICC World Twenty20 telah diadakan di Afrika Selatan dari 11 September 2007 - 24 September 2007 dan dimenangi oleh pasukan kriket kebangsaan India . India menewaskan Pakistan pada hari terakhir kejohanan ini.

Kejohanan 13 hari ini disertai oleh 10 negara terbaik dan tambahan negara Kenya dan Scotland yang menerima taraf kelayakan kelas pertama.

Kejohanan telah diadakan di 3 tempat iaitu :

  • Newlands Cricket Ground, Cape Town
  • Sahara Stadium Kingsmead, Durban
  • Wanderers Stadium, Johannesburg