Krisis politik Madagaskar 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Protes Madagascar 2009
Madagascar2009protests.jpg
Penunjuk perasaan di Antananarivo pada 26 Januari 2009
Tempoh 26 Januari 2009 – ongoing
Penentang Presiden Marc Ravalomanana
Datuk bandar Antananarivo Andry Rajoelina

Krisis politik Madagascar 2009 berhubung beberapa siri tunjuk perasaan penduduk yang anti kerajaan di negara Madagascar dan kesannya. Ia bermula pada Januari 2009 terhadap Presiden Marc Ravalomanana.[1] Protes bertukar ganas itu diketuai oleh Andry Rajoelina, datuk bandar Antanarivo, pembangkang terhadap Presiden Marc Ravalomanana.

Lebih 100 orang telah terbunuh sejak protes anti kerajaan bermula.[1] Sebahagiannya kerana bumbung sebuah rumah kedai terbakar dan jatuh. Sebahagian lagi pula kerana ditembak polis.

Pada 16 Mac 2009, salah satu istana Presiden Ravalomanana, Istana Ambohitsorohitra, digempur dan ditawan oleh askar-askar Tentera Madagaskar. Laporan juga membayangkan yang bank pusat negara itu turut ditawan. Kesatuan Afrika telah mengecam serbuan itu, memanggilnya "cubaan rampasan kuasa". Tindakan ini berlaku selepas ketua pembangkang Andry Rajoelina menyeru supaya Presiden ditahan;[2] Rajoelina kemudian menegaskan bahawa serbuah itu bukan suatu rampasan kuasa, Presiden Ravalomanana juga tidak berada di istana tersebut,[3] walaupun dia dengan segera melantik dirinya sebagai presiden dan memasuki pejabat presiden di istana tersebut.

Beberapa jam kemudian, BBC melaporkan yang Ravalomanana akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa presiden dan perdana menteri kepada satu lembaga tentera yang diketuai Naib Laksamana Hyppolite Ramaroson;[4] Ravalomanana telahpun berpindah ke lokasi yang tidak diketahui. Junta tentera ini yang terdiri daripada kakitangan kanan tentera, akan bertanggungjawab mengatur pilihan raya dalam tempoh 24 bulan dan menulis semula perlembagaan untuk "Republik Keeempat".[5] Bagaimanapun, Ramaroson mengumumkan pada 18 Mac yang tentera akan memindahkan kuasa terus kepada Rajoelina, menjadikannya presiden; dan dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang sebelum ini diserahkan kepada lembaga pengarah tentera oleh Ravalomanana.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Norris Trent, Catherine. "Antananarivo almost a ghost town after protests", France 24, 2008-01-29. Dicapai pada 2009-01-29. 
  2. "Madagascar soldiers seize palace", BBC News, 16 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-18. 
  3. "Pressure grows on Madagascar head", BBC News, 17 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-18. 
  4. "Madagascar president forced out", BBC News, 17 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-18. 
  5. Lough, Richard. "Madagascar's president steps down", Washington Post, 17 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-18. 
  6. "Military backs Madagascar rival", BBC News, 17 Mac 2009. Dicapai pada 2009-03-18.