Krismas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Krismas (harafiah: Massa untuk Kristus) juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati kelahiran Yesus Kristus. Menurut kitab Alkitab Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Yesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang Juruselamat dari susur galur Daud (David), yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti kalendar yang berlainan (kalendar Julian berbanding kalendar Gregorian).
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Video Perayaan Natal
- (Melayu) http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanHariNatal.htm

