Kristian di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang

Agama Kristian mempercayai Jesus sebagai Christ

 
Jesus  · Christ
Jesus dalam agama Kristian  · Kelahiran dara  · Penyaliban  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Bible
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Gospel  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Suci)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Maryam  · Santo Peter  · Paulus si Hawari  · Paderi Besar  · Awal  · Constantine Agung  · Majlis  · Perpecahan Barat-Timur  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Perlambangan  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

P christianity.svg Portal Kristian

Di Malaysia, masyarakat beragama Kristian terdiri daripada kira-kira 9.1% penduduknya (banci 2000). Majoriti bilangan ini adalah penduduk Malaysia Timur. Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk Anglikan, Baptist, Brethren, gereja-gereja Charismatic berdikari, Lutheran, Methodist, Presbyterian, Sidang Injil Borneo dan Roman Katolik.

Sejarah Kristian di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British memperolehi Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun 1795, Melaka diambil semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun 1641. Paderi-paderi dari Thailand menubuhkan Seminary Major di Pulau Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka dan Pulau Pinang sejak tahun 1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh setelah 1842 apabila ia menjadi kebolehan untuk memasuki China. Kuasa Mazhab Katolik kekal, tetapi dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.

Menteri buka Brethren bermula seawal dari 1860 dan Methodist dari 1885. Presbyterianisme membesar melalui gereja-gereja Cina di Johor dan jemaah orang asing di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Misi ke puak asli Sengoi bermula pada 1932. Pentecostalisme menjadi sebuah pengaruh lebih besar melalui Gerakan Charismatic pada 1970an, tetapi mubaligh Amerika Utara but dan Ceylon telah menjadi aktif dari 1935.

Pendatangan adalah sebuah faktor utama pada pembesaran gereja. Di Sabah, Misi Basle bermual bekerja dikalangan pendatang Cina Hakka pada 1882, yang kebanyakan mereka Kristian. Pendatang Tamil ke Malaya termasuk Katolik, Lutheran, Anglican dan Methodist. Pendatangan bertambah setelah Pemberontakan Boxer, terutamanya ke Sitiawan dan Sibu, masih kuat pusat-pusat still Methodist Cina. Gereja Mar Thoma dan Syrian Orthodoks telah ditubuhkan pada 1930an mengikuti pendatangan dari Pantai Kerela di India.

Di Sarawak pemerintahan Raja Brooke termasuk penyokongan untuk seorang menteri Anglican dari 1847 dan Katholik kemudiannya dibenarkan. Pada 1928 Misi Evangelical Borneo Australia, bermula untuk bekerja dengan sumber-sumber modest yang nevertheless menghasilkan gereja penduduk asli terbesar di Malaysia, SIB.

Gereja Lutheran Zion di Brickfields, Kuala Lumpur, didirikan pada 1924.

Perang Dunia II melihatkan kebuangan keketuaan orang asing dan sebuah jalan terhadap sebuah gereja orang asli telah diset lebih jelasnya. Malayan Christian Council (MCC), ditubuhkan pada 1948, coordinated mission groups sewaktu Kecemasan Malaya. Orang Cina ditempatkan ke dalam "Pekampungan Baru" dikhidmatkan oleh para mubaligh, kadangkala bekas-China, yang bekerja bersama Kristian tempatan dalam kerja perubatan dan kemasyarakatan. Walaubagaimanapun setetal merdeka pada 1957, banyak gereja sangat overdependent dengan orang asing. Pada 1970an gereja-gereja mengembangkan struktur-struktur berdikari Singapura dan juga penyokongan orang asing. Pembesaran baru pada gereja-gereja berdikari adalah satu ladi tanda keingingan untuk menubuhkan suatu pengenalan Kristian Malaysia.

Tanggungan Kristian pada pendidikan telah menjadi kuat melalui sekolah Anglican, Katolik dan Methodist, sekarangnya sebahagian sistem pendidikan kerajaan. Social concern diexpress melalui kerja perubatan, dan pertubuhan-pertubuhan seperti Malaysian CARE. Salvation Army dan YMCA/YWCA membuat penyumnbangan distinctive.

Sejak 1983 National Evangelical Christian Fellowship (NECF) telah memberikan suatu fokus untuk jemaah evangelical dan berdikari. Christian Federation of Malaysia incorporating the Christian Council of Malaysia (formerly MCC), Roman Catholics, dan NECF telah ditubuhkan pada 1986. Sabah Council of Churches dan Persatuan Gereja Sarawak fulfill similar functions di Malaysia Timur.

Malaysia adalah sebuah konteks berbagai agama di mana Western theological preoccupations tidak sentiasa relevan. Lay leadership telah mengembangkan secara kuat di kebanyakan gereja. Walaupun ada banyak cabaran melalui pengakibat politik dan ekonomi berturakan, sepeti Malaysia sendiri, gereja-gereja telah bermula melihat bahawa mereka telah menyumbang untuk membuat suatu peringkat yang lebih besar.

Bangunan gereja[sunting | sunting sumber]

Gereja-gereja dibenarkan didirikan di Malaysia walaupun pembinaan gereja baru dihadkan. Tidak ada sebarang gereja yang telah sedia wujud ditutup oleh kerajaan maupun jemaah Kristian yang sudah mantap kedudukannya dibubarkan. Walaubagaimana pun gereja baru sukar dibina. Sebagai contoh, pihak berkuasa Shah Alam mengambil masa lebih dua puluh tahun untuk meluluskan pembinaan sebuah gereja di situ dan turut mengenakan syarat tambahan agar bangunan gereja itu kelihatan seperti kilang dan tidak seperti lazimnya. Gereja biasanya didirikan di kedai-kedai di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Evangelisme[sunting | sunting sumber]

Kathedral Hati Kudus di Kota Kinabalu, Sabah

Sudah menjadi amalan pihak gereja Malaysia agar tidak berdakwah kepada komuniti Islam negara. Risalah-risalah Kristian disyaratkan dibawah undang-undang supaya berlabel 'hanya untuk orang-orang bukan Islam'. Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menegah keras penyebaran sebarang agama selain dari Islam kepada orang-orang Muslim. Walaupun tidak ada sekatan khusus menghalang orang-orang Islam daripada murtad dan memeluk agama lain, begitu sedikit bilangan orang Islam yang menukar agama. Sebagai contoh, menurut jurucakap Persatuan Peguambela Muslim, mahkamah syariah Negeri Sembilan telah mengesahkan 16 kes murtad. Salah satu faktor ialah kerumitan bagi orang-orang Islam menukar agama kerana implikasi perundangan serius yang terbabit dan kerana Islam memainkan peranan penting dalam hidup masyarakat Melayu sejak berzaman yang mengukuhkan kepercayaan pengikut-pengikutnya. Lihat juga Kebebasan beragama di Malaysia

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kes di mana orang-orang Islam memeluk agama Kristian secara diam-diam tanpa mengisytiharkan dirinya murtad. Mereka hidup sebagai orang Kristian tetapi dari segi undang-undang negara bukan mengikut undang-undang agama Islam, mereka masih beragama Islam. Begitu juga terdapat kes orang kristian keluar dari kristian namun menyembunyikan keislamannya. Ini kerana tekanan keluarga, ketakutan kehilangan suami/isteri atau hak penjagaan anak-anak selalunya sudah cukup sebagai penghalang.

Mereka yang menunjukkan minat terhadap agama Kristian sering kali dihantar oleh keluarga mereka ke Jabatan agama Islam negeri atau daerah, di mana mereka diberi khidmat nasihat bagi memulihkan akidah mereka.

Disini kita dapat melihat bahawa para pendakwah islam aktif untuk menyebarkan agama islam itu sendiri. Dengan kekurangan dana dan dan kurangnya bantuan terhadap pendakwah ini, namun mereka tetap berusaha tanpa mengharapkan balasan manusia. kebanyakan orang islam sukar untuk ditarik kepada agama yang lain. Terdapat juga golongan pendakwah yang melakukan penyebaran secara terperinci. Pihak mereka lebih bersungguh-sungguh dari yang dilakukan oleh pendakwah kristian.Komuniti kristian yang kaya dan berjaya amat membantu pihak pendakwah kristian ini didalam penyebaran agama kristian itu sendiri. Dengan bantuan yang hebat adalah dipercayai dapat membantu dengan begitu berkesan sekali.Orang Islam di malaysia sendiri mendapat pembelaan secara baik oleh pihak tertentu. Pihak yang berwajib untuk menjaga kepentingan orang islam bertanggungjawab menjaga zakat dan harta baitul mal yang diperuntukan. Mereka sedar bahawa kelemahan dalam mengamalkan agama adalah salah satu punca perkara ini berlaku.

Bahan Bacaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai negara yang agama rasminya ialah Islam, kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan Bible berbahasa Indonesia dan Bible berbahasa Melayu yang kedua-keduanya dikenali sebagai "al-kitab". Pengharamannya itu adalah kerana melayu telah mengiktiraf bangsa mereka sebagai Islam sepenuhnya. Termasuk seluruh aspek kehidupan bangsa melayu itu didedikasikan kepada Islam. Mengikut undang-undang negara sesiapa dari kalangan melayu keluar dari agama Islam, maka taraf sebagai orang melayu dihapuskan, mereka juga hilang hak sebagai bumiputra. kedua-dua buku tersebut menggunakan istilah Allah untuk Tuhan, sama seperti panggilan orang-orang beragama Islam untuk Tuhan. Penganut-penganut agama Kristian mendakwa, tidak ada terjemahan yang lebih tepat dari bahasa Ibrani asal untuk perkataan 'Tuhan' kerana bahasa Arab dan Ibrani berasal dari akar Semitik yang sama. Risalah-risalah agama Kristian berbahasa Melayu lain turut diharamkan seketika.

Bible Iban yang dipanggil "Bup Kudus" juga pada satu ketika dilarang dari menggunakan istilah "Allah Taala" untuk Tuhan. Penjelasan dibuat kepada pihak kerajaan bahawa tidak ada istilah yang lebih tepat di dalam bahasa Ibani. Pengharaman itu tidak dikuatkuasakan mahupun dimansuhkan secara rasmi. Larangan itu akhirnya ditarik balik berikutan tunjuk perasaan oleh ketua-ketua Kristian.

Akan tetapi, isu baru-baru ini yang melibatkan akhbar edaran dalaman Gereja Katolik dan isu pengimpotan bahan-bahan agama daripada Indonesia oleh Sidang Injil Borneo Sabah untuk penggunaan gereja melahirkan perasaan gusar secara amnya. Penggunaan istilah-istilah yang mempunyai kaitan rapat dengan agama Islam dan Kristian, dalam penerbitan dalaman dan bahan-bahan keagamaan khususnya dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda, telah melahirkan kerisauan oleh Kementerian Dalam Negeri tentang impaknya kepada masyarakat. Namun begitu, syukur kepada Ilahi atas kurnianya, masalah-masalah dapat diselesaikan dengan jasabaik dan persefahaman antara pihak-pihak yang terlibat.

Menurut Presiden SIB Sabah, Pdt. Jerry Dusing, istilah “Allah” telah digunakan dalam ibadah gereja SIB dan Alkitab semenjak penubuhannya pada zaman pra-kemerdekaan lagi oleh jemaah Bahasa Malaysia yang rata-ratanya kaum pribumi di Sabah dan juga dipengaruhi oleh amalan-amalan dan kosa kata agama gereja di Indonesia. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah lebih meluas lagi pada masa kini oleh rata-rata muda-mudi yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda dan pengantara. Menurut statistik, penganut agama Kristian di negara ini adalah kira-kira 10% dan hampir 60% daripada mereka menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda mereka.

Menurutnya lagi, penggunaan istilah “Allah” untuk mewakili Tuhan oleh orang Kristian seawal zaman pra-Islam lagi dan diteruskan ke zaman moden di negara-negara yang mempunyai pengaruh bahasa Arab, untuk menerangkan konsep ketuhanan monotheistik agama Abrahamik. Bidang etymologi (pengkajian perkataan) mencadangkan bahawa “Allah” bermaksud “Tuhan yang satu" dan mempunyai persamaan dengan “Elaha” dalam bahasa Ibrani yang bermaksud Tuhan. (Sumber: http://theagora.blogspot.com/2008/01/bahasa-malaysia-milik-semua.html)

Filem-filem[sunting | sunting sumber]

Filem arahan Mel Gibson, The Passion of The Christ dihadkan tayangannya pada 2004. Filem itu hanya dipertontonkan secara rasmi kepada penganut agama Kristian. Bilangan penonton juga terhad disebabkan tiket-tiket tidak dijual di kaunter-kaunter tiket biasa. Kumpulan Kristian seperti National Evangelical Christian Fellowship membuat penempahan blok tiket dan mengedarkannya ke pelbagai gereja. Tempoh tayangan filem tersebut dipanjangkan dari tempoh dua bulan yang diperuntukkan pada awalnya. Ini mungkin bererti bukan penganut-penganut agama Kristian sahaja yang menontonnya.

Aktiviti-aktiviti[sunting | sunting sumber]

Kaedah-kaedah penyembahan seperti liturgi yang digunakan dan khutbah-khutbah tidak ditapis maupun dikawal secara aktif oleh kerajaan. Namun begitu pengawasan secara sulit kadang kala berlaku.

Dilaporkan bahawa beberapa sekolah menengah awam telah mengharamkan secara tidak rasmi, aktiviti-aktiviti Kristian seperti Christian Fellowship (CF) di kawasan persekolahan. CF di sekolah yang terbabit dipindahkan ke rumah-rumah persendirian agar dapat terus berfungsi.Templat:Verification needed

Cuti keagamaan Kristian[sunting | sunting sumber]

Krismas[sunting | sunting sumber]

Hari Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan dirayakan lebih dari segi komersil tanpa banyak unsur-unsur kerohanian. Aktivis-aktivis Kristian kadang kalanya membeli ruang iklan di akhbar-akhbar pada hari Krismas atau Easter. Ini biasanya hanya boleh dilakukan di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan tidak pada setiap tahun. Rencana pengarang biasanya membuat ucapan meraikan Krismas.

Pada 2004, [1] pihak kerajaan mengatur majlis sambutan Hari Krismas pada peringkat nasional. Namun begitu, ia dikatakan, secara tidak rasmi melarang penggunaan simbol-simbol keagamaan Kristian dan gita puja / hymn yang menyebut nama Jesus Christ. Upacara itu ditaja bersama oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan Kristian Malaysia CFM. Sultan Selangor(telah mangkat) dan Raja Perempuan Selangor mencemar duli menghadiri upacara yang ditayangkan di segenap pelosok negara majoriti Islam Malaysia bersama Perdana Menteri dan beberapa ahli kabinet kerajaan.

OC Lim, bekas peguam yang menjadi paderi Jesuit, pengarah Pusat Penyelidikan Katolik dan Pembantu Paderi Mukim /Parish Priest gereja St. Francis Xavier membuat bantahan rasmi. Katanya "Menghalang nyanyian karol dan memperalat Krismas untuk kepentingan politik adalah melampau, memalukan dan merupakan satu pencabulan". Katanya lagi "Memanggil majlis itu satu upacara kebudayaan (seperti yang dirasionalkan oleh ahli-ahli politik Kristian yang lebih politik dari berjiwa Kristian) sama seperti merendahkan martabat Jesus kepada seorang sej budaya seperti Confucius."

Setiausaha Am CFM,Rev Dr Hermen Shastri menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak ingin "sebarang perkara yang menghina Islam" berlaku semasa majlis rumah terbuka tersebut.

Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia, YB Dr Rais Yatim kemudiannya menafikan larangan seperti itu dikeluarkan, baik "secara rasmi mahupun tidak rasmi". Beliau juga menambah, "tidak ada salahnya menyanyikan lagu-lagu seperti Silent Night dan Merry Christmas" yang merupakan "lagu-lagu ceria untuk perayaan tersebut"

Lee Min Choon, penasihat undang-undang kepada CFM dan Evangelikal Nasional Christian Fellowship /National Evangelical Christian mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "Ia bermakna gereja-gereja dibenarkan meraikan Krismas seperti biasa. Jika tidak, perayaan itu akan hilang maknanya". ""Semua pihak sepatutnya menaruh kepercayaan kepada hasrat kerajaan dan menyambut Krismas seperti biasa dan memperlihatkan keimanan mereka".

Jumaat Agung[sunting | sunting sumber]

Jumaat Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia adalah cuti am negeri di Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah minoriti yang diberi hak untuk berhari raya; kedua-dua negeri diberikan sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, sedangkan mereka dianggap polities on par dengan Malaya apabila mereka bergabung dengannya dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Akan tetapi, tiada bukti bahawa hadangan teologikal ini memainkan peranan dalam bukan-inclusion Jumaat Agung sebagai cuti. The other two significant religious minorities in Malaysia, penganut Buddha and Hindu, juga menerima hanya satu hari cuti persekutuan setiap — Wesak Day dan Deepavali respectively. Deepavali akan tetapi, bukanlah cuti am di Labuan dan Sarawak.

Kristian di kalangan kumpulan etnik di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Abai Sungai (9)
  • Arab (13)
  • Bajau, Bukit (57)
  • Bajau, Kagayan (1)
  • Kenyah, Bakong (76) [2]
  • Melanau
  • Kayan
  • Kenyah
  • Punan
  • Punan
  • Kelabit
  • Beketan
  • Tetau
  • Lahanan
  • Sekapan
  • Lunbawang
  • Cina
  • Indian
  • Orang Asli
  • Iban
  • Bidayuh (Land Dayak)
  • Dusun
  • Kadazan
  • Murut (tagal)
  • Rungus
  • Sungai
  • Lundayeh
  • Bisaya

Demografi penganut[sunting | sunting sumber]

Mengikut Etnik[sunting | sunting sumber]

Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 memberikan maklumat statistik berikut:[1]

Bumiputera Cina India Etnik lain Bukan warganegara
1,549,193 (59.2%) 706,479 (26.9%) 114,281 (4.4%) 22,870 (0.8%) 224,336 (8.6%)
% Jumlah Bumiputera % Jumlah Cina % Jumlah India % Jumlah etnik lain % Jumlah bukan warganegara
8.8% 11.0% 6.0% 12.1% 9.7%

Mengikut negeri dan wilayah persekutuan[sunting | sunting sumber]

Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 memberikan maklumat statistik berikut (tidak termasuk bukan warganegara).[1]

Negeri di
Malaysia
Penganut Kristian
(Bancian tahun 2010)
 % Penduduk
Johor 111,124 3.32%
Kedah 15,074 0.77%
Kelantan 4,375 0.28%
Malacca 24,863 3.03%
Negeri Sembilan 24,523 2.40%
Pahang 97,940 1.86%
Perak 100,463 4.27%
Perlis 1,380 0.6%
Penang 80,035 5.13%
Sabah 853,726 26.62%
Sarawak 1,052,986 42.61%
Selangor 209,745 3.84%
Terengganu 2,269 0.22%
Kuala Lumpur 97,241 5.81%
Labuan 10,788 12.41%
Putrajaya 627 0.87%

Mengikut penduduk bandar dan luar bandar[sunting | sunting sumber]

Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 menyatakan anggaran 11.5% penduduk luar bandar dan 7.6% penduduk bandar terdiri daripada penganut Kristian.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Statistics_Press_Release tidak disediakan
  2. General Report of the Population and Housing Census 2000. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia. 2005. ISBN 983-9044-26-5. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Population & Housing Census 2000, Department of Statistics Malaysia [3]
  • Daniel Ho, "Malaysia", in Saphir Athyal, ed., Church in Asia Today Challenges and Opportunities, 1996, 266-298.
  • Robert Hunt, Lee Kam Hing and John Roxborogh, eds., Christianity in Malaysia. A Denominational History, 1992.
  • W John Roxborogh, A Bibliography of Christianity in Malaysia, 1990.
  • Graham Saunders, Bishops and Brookes. The Anglican Mission and the Brooke Raj in Sarawak 1848-1941, 1992.