Kristiani Herrawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ibu Ani

Kristiani Herrawati, atau dikenali sebagai Ibu Ani Bambang Yudhoyono (lahir di Yogyakarta pada 6 Julai 1952) merupakan isteri Presiden Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono.

Ani merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik anak kepada pasangan suami isteri Leftenan Jeneral (Purn) Sarwo Edhie Wibowo dan Hj. Sunarti Sri Hadiyah. Beliau berkahwin dengan Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 Julai 1976, ketika Susilo Bambang Yudhoyono baru saja dilantik sebagai pegawai TNI dan menjadi lulusan terbaik.

Beliau mengambil Jurusan Kedoktoran di Universiti Kristian Indonesia (bahasa Indonesia: Universitas Kristen Indonesia), tetapi pada tahun ketiga meninggalkan bangku kuliah kerana bernikah dengan Susilo. Ani kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Merdeka (bahasa Indonesia: Universitas Merdeka) dan mendapat Sarjana dalam Sains Politik pada tahun 1998.

Beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Umum DPP Parti Demokrat, dan juga aktif dalam kegiatan sosial di Persit Kartika Chandra Kirana (Persatuan Isteri Tentera), Dharma Pertiwi dan Dharma Wanita selama Susilo menjawat sebagai Menteri Perlombongan dan Tenaga (bahasa Indonesia: Menteri Pertambangan dan Energi) pada zaman Pemerintahan Abdurrahman Wahid dan Menteri Koordinator Politik dan Keamanan pada zaman Pemerintahan Megawati Soekarnoputri.

Ani juga mendapat penghormatan apabila sejenis spesies kupu-kupu di Papua, Delias kristianiae dinamakan bersempenanya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]