Kromosom Y

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kromatid Y manusia. Rujuk lokus untuk tatatanda.

Kromosom Y adalah satu daripada dua kromosom penentu jantina (alosom) bagi mamalia, termasuk manusia (yang satu lagi adalah kromosom X). Dalam mamalia, kromosom Y mengandungi gen SRY yang mencetuskan perkembangan testikel jika ada. Kromosom Y manusia terdiri daripada sekitar 50 juta pasangan bes. DNA dalam kromosom Y diturunkan dari bapa kepada anak lelaki, oleh itu analisis Y-DNA boleh digunakan dalam penyelidikan genetik. Dengan perbezaan sebanyak 30% antara manusia dan cimpanzi, kromosom Y adalah antara bahagian yang paling cepat berevolusi dalam genom manusia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Wade, Nicholas. "Male Chromosome May Evolve Fastest", January 13, 2010.