Kronon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kronon merupakan kuantum masa yang diusulkan, iaitu suatu "unit" masa yang diskret dan tidak terbahagi dalam teori yang mengusulkan bahawa masa itu tidak selanjar. Sedangkan masa adalah kuantiti yang selanjar dalam kedua-dua bidang mekanik kuantum am dan kerelatifan am, ramai ahli fizik telah berhujah bahawa model masa diskret mungkin berkesan, terutamanya setelah mengambil kira kombinasi mekanik kuantum dengan kerelatifan am untuk membuahkan teori graviti kuantum. Istilah ini diperkenalkan dengan takrifan ini oleh Robert Lévi.[1] Henry Margenau[2] berhujah bahawa kronon itu mungkin adalah masa yang perlu diambil oleh cahaya untuk melalui jejari elektron yang klasik. Suatu teori kuantum yang mana masa merupakan pembolehubah kuantum dengan spektrum yang diskret, tetapi tetap sejajar dengan kerelatifan khas, diusulkan oleh Chen Ning Yang.[3]

Salah satu model sedemikian diperkenalkan oleh Piero Caldirola pada tahun 1980. Menurut model Caldirola, satu kronon bersamaan dengan kira-kira 6.97×10−24
saat untuk sebutir elektron.[4] Ini jauh lebih lama daripada masa Planck, iaitu satu lagi unit yang diusulkan untuk pengkuantuman masa yang hanya kira-kira 5.39×10-44
saat lamanya. Masa Planck itu merupakan pengkuantuman masa sejagat, manakala kronon adalah pengkuantuman evolusi dalam sesebuah sistem di sepanjang garis dunianya dan oleh yang demikian, nilai kronon, seperti lain-lain pemboleh-cerap terkuantum dalam ilmu mekanik kuantum, merupakan suatu fungsi bagi sistem berkenaan, khususnya keadaan-keadaan sempadannya.[5] Nilai untuk kronon, iaitu θ0, dikira daripada:

[6]

Daripada formula ini, adalah nyata bahawa sifat zarah bergerak yang berkenaan mesti dinyatakan kerana nilai kronon itu bergantung kepada cas dan jisim zarahnya.

Caldirola berhujah bahawa kronon mempunyai implikasi yang penting untuk ilmu mekanik kuantum, khususnya bahawa ia membolehkan jawapan yang jelas kepada soalan tentang sama ada zarah tercas yang jatuh bebas memancarkan sinaran atau tidak. Model ini kononnya mengelakkan kesukaran-kesukaran yang ditemui oleh pendekatan-pendekatan Abraham–Lorentz dan Dirac kepada masalah itu, di samping menawarkan penjelasan semula jadi tentang nyahkekoherenan kuantum.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lévi 1927
  2. ^ Margenau 1950
  3. ^ Yang 1947
  4. ^ Farias & Recami, p.11.
  5. ^ Farias & Recami, p.18.
  6. ^ Farias & Recami, p.11. Kertas asal Caldirola berlainan formulanya kerana tidak menggunakan unit-unit piawai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Lévi, Robert (1927). "Théorie de l'action universelle et discontinue". Journal de Physique et le Radium. 8 (4): 182–198. doi:10.1051/jphysrad:0192700804018200.
  • Margenau, Henry (1950). The Nature of Physical Reality. McGraw-Hill.
  • Yang, C N (1947). "On quantized space-time". Physical Review. 72 (9): 874. Bibcode:1947PhRv...72..874Y. doi:10.1103/PhysRev.72.874.
  • Caldirola, P. (1980). "The introduction of the chronon in the electron theory and a charged lepton mass formula". Lett. Nuovo Cim. 27 (8): 225–228. doi:10.1007/BF02750348.
  • Farias, Ruy A. H.; Recami, Erasmo (1997-06-27). "Introduction of a Quantum of Time ("chronon"), and its Consequences for Quantum Mechanics". arXiv:quant-ph/9706059 [quant-ph].
  • Albanese, Claudio (2004). "Time Quantization and q-deformations" (PDF). Journal of Physics A. 37 (8): 2983–2987. arXiv:hep-th/0308190. Bibcode:2004JPhA...37.2983A. doi:10.1088/0305-4470/37/8/009. Dicapai pada 2006-07-31. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Templat:Topik masa