Kuala Berang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Kuala Berang
Kuala Berang
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negeri Terengganu
Daerah Daerah Hulu Terengganu
Keluasan N/A
Simpang ke Kuala Berang

Kuala Berang (anggaran populasi (bancian 2000): 5,803)[1] merupakan sebuah mukim dan ibu daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bandar ini bertindak sebagai pintu masuk ke Tasik Kenyir. Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai di Kuala Berang pada tahun 1899.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.[perlu rujukan]

Tempat pelancongan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai tempat perlancongan di Kuala Berang.Sebagai contoh, Air Terjun Sekayu di mana air terjunnya pasti meninggalkan kenangan kepada sesipa sahaja yang pernah datang.Selain itu, berdekatan dengan Air Terjun Sekayu, terdapat Taman Pertanian Sekayu.Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di tanam di dalam kawasan ini.Terdapat juga Kolam Ikan serta ternakan rusa yang di jaga di sini.[perlu rujukan]

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dept. of Urban and Rural Planning, Terengganu State Government. Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005-2015 (Malay), 2005