Kuala Gris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuala Gris merupakan satu penempatan yang berada dalam daerah Kuala Krai. Satu masa dulu ia sukar dimasuki kerana kedudukannya yang agak terpencil dan pendalaman. Tapi sekarang infrastruktur untuk sampai ke sini telah ditingkatkan dan mudah untuk sampai ke sana. Permukaan geografi agak berbukit-bukau dan secara visualnya berlatarbelakangkan kawasan berbukit-bukau.

Ada beberapa laluan masuk ke Kuala Gris yang boleh dilalui ketika ini:

  1. Melalui jalan air dari tangga Krai. Terdapat perkhidmatan bot mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke Kuala Gris.
  2. Dari Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang masuk ke Jalan Sungai Sam ke Dabong. Lebih kurang 40 km untuk sampai ke Kuala Gris dan memakan masa lebih kurang sejam setengah melalui jalan yang agak berbukit.
  3. Melalui jalan Tanah Merah ke Dabong, melintasi jambatan yang dibuka secara rasmi pada 2006.

Pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Kuala Gris. Terdapat kawasan peranginan seperti Gunung Stong yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kuala Gris. Gunung Stong mempunyai air terjun yang tinggi dan bertingkat. Dan terdapat Gua Ikan yang unik,jaraknya lebih kurang 10km dari Kuala Gris.