Kuala Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Muda atau Kuala Sungai Muda ialah sebuah kampung perikanan di negeri Kedah, Malaysia, yang terletak di dalam daerah yang mempunyai nama yang sama.

Isi kandungan

[sunting] Penjualan ikan borong

Pembelian ikan borong adalah melalui membisikkan harga tawaran.

Setiap pagi, berbagai-bagai jenis perahu pulang ke Kuala Muda dengan tangkapan ikan, udang, dan sebagainya, dan berlabuh di turus pantai yang berhampiran dengan pasar basah bandar itu. Tangkapan nelayan dijual melalui jualan lelong. Nelayan-nelayan akan mengasing-asingkan tangkapan mereka mengikut jenis, saiz, dan nilai, dan mempamerkannya dalam longgokan. Pembeli-pembeli prospektif akan membisikkan harga tawaran bagi sesuatu longgokan kepada penjual secara langsung. Penjual akan mengumpulkan beberapa tawaran dan menentukan orang yang menawarkan harga yang tertinggi.

Tsunami pada akhir tahun 2004 telah mengakibatkan banyak kemusnahan kepada komuniti perikanan Kuala Muda[1]. Banyak rumah di tepi jalan raya pantai yang menuju ke Kuala Muda telah dimusnahkan oleh ombak tsunami, termasuk pangkalan dan pasar basah. Ketika itu, sebuah khemah sementara terpaksa didirikan untuk bertindak sebagai pasar, sementara menunggu pembinaan pasar yang baru.

[sunting] Tikam Batu

Pekan Tikam Batu terletak di simpang tiga dari jalan utama Sungai Petani ke Butterworth dan Kota Kuala Muda. Tikam batu konon nya ada mempunyai sebuah bukit tempat kediaman Raja Bersiong yang menganut agama Hindu dan mempunyai sabuah tokong dari emas. Semasa penjajahan Inggeris tokong itu telah di bawa lari ke India dan lenyap. Di bawah bukit tempat kediaman baginda mempunyai satu air terjun.Di pangkal air terjun mempunyai satu lobang yang dalam sebatang buluh. Ia mempunyai air yang jernih.Berdsarkan lobang tusukan air terjun itulah nama Tikam Batu di namakan.

Sekarang Tikam batu merupakan lokasi beberapa kilang industri lectronic sperti Sony, NEC dan Yuasa yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan pekerja asing.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain