Kuala Pilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Negeri Sembilan.svg

Daerah
Negeri Sembilan Darul Khusus
Kuala Pilah
Pejabat daerah Kuala Pilah
Pegawai daerah Norihan Sulaiman
Kawasan
 - Jumlah  km²
Populasi
 - Anggaran 2000 63, 541
 - Kepadatan /km²

Kuala Pilah adalah salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu. Kuala Pilah terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan dikelilingi oleh daerah Jelebu di utara, daerah Jempol di timur, daerah Rembau dan Tampin di selatan serta daerah Seremban di barat. Ia boleh dihubungi dari Seremban melalui Jalan Bukit Putus, dari Tampin melalui Jalan Air Mawang, Johol dari Segamat melalui Bahau dan dari Simpang Pertang melalui Batu Kikir terus ke Pahang.

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Daerah Kuala Pilah dalam Negeri Sembilan

Pentadbiran Kuala Pilah diketuai oleh Pegawai Daerah yang berpejabat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah dan dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah. Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Pilah terletak di Pusat Bandar Kuala Pilah yang terletak 40 km dari Seremban, 41 km dari Tampin, 21 km dari Bahau, 70 km dari Kuala Klawang dan 104 km dari Kuala Lumpur. Kuala Pilah merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Sembilan iaitu dengan keluasan 109,042 hektar atau 16.4% keluasan Negeri Sembilan.

Kuala Pilah terdiri dari 11 buah mukim dengan 257 buah kampung dan ditadbir oleh 124 JKKK. Berikut adalah jumlah kampung, kampung baru, kampung Orang Asli, Rancangan Felda, Rancangan Felcra, pekan kecil dan penguasa tempatan yang terdapat di dearah Kuala Pilah:

  • Kampung Tradisional sebanyak 250 buah kampung
  • Kampung Baru sebanyak 7 buah kampung
  • Kampung Orang Asli sebanyak 14 buah kampung
  • Sebuah kampung rancangan FELDA (Felda Kepis)

Kesemua jabatan-jabatan di atas bertindak secara kolektif sebagai jentera perancang dan pelaksanaan di peringkat daerah berjalan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah (JPTD). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan bertindak sebagai penyelaras kepada semua jabatan dan agensi kerajaan di dalam merancang dan menentukan pelaksanaan program pembangunan diperingkat daerah Kuala Pilah. JKPD ini disokong melalui dua Jawatakuasa Kerja iaitu:

  • Jawatankuasa Kerja Perancang Daerah (JKPD)
  • Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD)

Sementara itu pentadbiran di peringkat mukim diselaras oleh Penghulu Mukim dan di peringkat kampung oleh Ketua Kampung yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ini adalah badan yang merancang dan menyelaras segala bentuk program/projek pembangunan di peringkat kampung. Berikut adalah bilangan kampung mengikut mukim dan keluasan mukim yang terdapat di daerah Kuala Pilah ialah seperti berikut:-

Bil Mukim Keluasan (Hektar) Bil Kampung Bil Kampung Baru
1 Johol 28,490 60 0
2 Terachi 16,317 27 2
3 Langkap 10,360 0 0
4 Ulu Jempol 10,101 22 1
5 Kepis 9,852 24 2
6 Juasseh 8,806 14 1
7 Seri Menanti 7,770 36 0
8 Ulu Muar 6,734 23 0
9 Parit Tinggi 3,886 1 1
10 Pilah 3,626 33 0
11 Ampang Tinggi 3,108 17 0
Jumlah 109,039 257 7

Daerah Kuala Pilah merangkumi beberapa mukim termasuk:-[1]

  1. Mukim Ampang Tinggi
  2. Mukim Ulu Jempol
  3. Mukim Ulu Muar
  4. Mukim Johol
  5. Mukim Juasseh
  6. Mukim Kepis
  7. Mukim Langkap
  8. Mukim Parit Tinggi
  9. Mukim Pilah
  10. Mukim Sri Menanti
  11. Mukim Terachi

Pekan di Kuala Pilah[sunting | sunting sumber]

Kawasan perniagaan & kedai di Kuala Pilah.

Pekan Kuala Pilah terletak di garisan ketimuran 71 – 73 dan garisan keutaraan 02 – 03.[2] Terdapat 120 permis peniaga, bank dan pusat perkhidmatan yang beroperasi yang terdiri daripada 80 kedai barangan runcit dan keperluan. 6 buah bank, sebuah stesen bas, sebuah stesen teksi, sebuah pejabat pos, sebuah balai bomba dan penyelamat, sebuah balai polis, kompleks pejabat daerah dan tanah, dan mahkamah.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Masjid Daerah Kuala Pilah

Penduduk daerah Kuala Pilah dianggarkan berjumlah 76,132 mengikut kiraan yang dijalankan oleh JKKK dan Pejabat Daerah Kuala Pilah. Majoriti penduduk daerah Kuala Pilah ialah orang Melayu. Kebanyakan mereka tinggal di kampung-kampung tradisional, manakala orang Cina di taman-taman perumahan di pekan-pekan dan orang India di estet dan ladang-ladang.

Jalan Utama Kuala Pilah

Perkampungan orang asli[sunting | sunting sumber]

Di daerah Kuala Pilah terdapat 14 buah perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli tersebut terletak di Mukim Seri Menanti (sebuah), Mukim Langkap (sebuah), Mukim Ulu Jempol (2 buah) dan Mukim Johol (10 buah).

Perkampungan Orang Asli Langkap

Perkampungan orang Asli Langkap terletak dalam kawasan DUN Seri Menanti. Jarak daripada Bandar Kuala Pilah ke perkampungan tersebut ialah lebih kurang 35 Km dan jarak ke kampung berdekatan iaitu kampung Talang Tengah ialah 11 Km. Kampung orang Asli Langkap boleh dihubungi melalui jalan tar yang bermula dari kampung Talang dan melalui jalan tanah merah ke kg Guntur, Ulu Jempol.

Perkampungan orang Asli Langkap mempunyai jumlah penduduk seramai 368 orang yang terdiri daripada 72 keluarga. Bilangan rumah yang terdapat di kampung Langkap ialah 65 buah. Bilangan penduduk yang beragama Islam ialah seramai 11 dan jumlah penduduk yang mengamalkan adat nenek-moyang (Animisma) ialah berjumlah 357 orang. Ketua kampung Langkap ialah En Suluk b. Panglima (No Tel: 011-615302) yang dilantik oleh JHEOA. Sementara ketua Adat bagi orang Asli ialah Tok Batin bernama Ketos bin Munkin (No Tel: 011615302) yang mengetuai adat-adat dan budaya orang Asli di perkampungan tersebut.

Perkampungan orang Asli Langkap mempunyai pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kerjaraya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Wakil Rakyat. Keadaan penempatan penduduk agak berselerak dan kebanyakan tidak dapat dilihat daripada jalan utama di kampung tersebut. Di antara kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di perkampungan orang Asli Langkap seperti di bawah.

  • (1) Balairaya 2 buah
  • (2) Surau 1 buah
  • (3) Tadika 1 buah
  • (4) Klinik Desa 1 buah
  • (5) Gelangang Sepaktakraw 1 buah
  • (6) Bekalan Elektrik 24 jam oleh TNB

Kampung Langkap masih tidak mendapat bekalan air bersih yang disalurkan oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan. Mereka memperolehi bekalan air untuk kegunaan harian daripada air-air bukit yang disalurkan melalui paip ke rumah mereka yang dibuat secara gotong-royong. Perkampungan orang asli Langkap juga tidak mempunyai sistem pengangkutan pengangkutan awam. Penduduk yang ingin pergi ke kampung Talang, Tg Ipoh atau Kuala Pilah terpaksa menggunakan perkhidmatan kenderaan persendirian dan motosikal. Perkampungan Langkap tidak mempunyai sekolah kebangsaan ataupun sekolah menengah. Pelajar-pelajar akan pergi belajar di Sekolah Kebangsaan Talang bagi mereka yang menuntut di tahun 1 hingga 6. Sementara pelajar sekolah menengah akan belajar di Sekolah Menengah Tanjung Ipoh. Pengangkutan bagi pelajar tersebut disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang menyediakan van. Sekiranya pelajar tersebut dihantar oleh ibu bapanya JHEOA akan memberi wang RM 50.00 bagi tujuan pengangkutan tersebut.

Hasil temubual dengan beberapa penduduk, orang luar selalu masuk ke perkampungan tersebut bagi memburu di sekitar hutan yang terdapat di sini. Pemburu-pemburu tersebut kebanyakan datang dari kampung-kampung berdekatan. Pekerjaan penduduk di sini ialah bekerja sendiri seperti penoreh getah dan mencari hasil hutan seperti kayu gaharu, petai, rotan, akar-akar kayu dan madu lebah. Kebanyakan hasil tersebut dijual kepada peraih Cina yang akan mengambil hasil-hasil tersebut untuk di pasarkan ke Kuala Pilah. JHEOA kerap masuk ke perkampungan tersebut bagi mengetahui masalah penduduk kampung tersebut. Jabatan Agama Islam pernah masuk bagi melaksanakan program mengislamkan penduduk dengan membawa bantuan makanan dan pakaian. Program tersebut kurang mendapat sambutan di kalangan penduduk. Selain itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan jarang membuat lawatan dan program di kampung tersebut dan hanya datang semasa pilihanraya dengan membuat pelbagai janji kepada penduduk. Janji-janji tersebut telah dilaksanakan tetapi penduduk masih lagi mengharapkan supaya talian telefon dapat disambungkan ke perkampungan mereka. Pihak ADUN juga pernah berjanji untuk menyediakan kemudahan telefon di perkampungan tersebut dan sehingga sekarang masih tidak terlaksana. Pihak ADUN juga memaklumkan kemungkinan pemancar syarikat telefon bimbit akan di bina di bukit berhampiran Langkap dan ini membolehkan talian telefon selular beroperasi.

Perkampungan Orang Asli Guntur dan Cergun

Perkampungan orang Asli Guntur dan orang Asli Cergun terletak di mukim Ulu Jempol dan di PP 6416 dan PP 6417 (Rujuk Peta Semenanjung Malaysia Siri L 7030 Edisi 1-PPNM Sheet 3956 Kuala Pilah Skala 1:50,000). Perkampungan tersebut dikelilingi oleh Hutan Simpan Pelangai dan kawasan Tanah Tinggi di bahagian barat, utara dan selatan sementara dibahagian timur ialah kawasan perkampungan tradisional Melayu. Perkampungan orang Asli Guntur dan Cergun terletak di dalam kawasan DUN Juasseh. Jarak perkampungan tersebut dari bandar Kuala Pilah ialah 40 km dan jarak ke pekan berdekatan iaitu Batu Kikir ialah 18 km melalui jalanraya bertar. Perkampungan ini juga boleh dihubungi dengan kampung orang Asli Langkap melalui jalan balak/tanah merah sejauh 4 km melalui hutan simpan Pelangai.

Perkampungan orang Asli Guntur mempunyai penduduk seramai 235 orang dan Cergun mempunyai penduduk berjumlah 56 orang yang terdiri daripada 48 keluarga di Guntur dan 17 keluarga di Cergun. Bilangan rumah yang terdapat di kampung Guntur ialah 46 buah dan Cergun ialah 15 buah. Bilangan penduduk yang beragama Islam ialah 43 orang yang terdapat di Guntur sahaja dan jumlah penduduk yang mengamalkan adat nenek-moyang (Animisma) berjumlah 56 orang di Cergun dan 192 orang di Guntur. Ketua kampung orang Asli Guntur dan Cergun bernama Salim bin Jantan (No Telefon: 06-4982248) yang dilantik oleh JHEOA. Sementara Ketua Adat bagi orang Asli ialah Tok Batin bernama Ujang bin Abdullah (No Telefon: 4983200) yang mengetuai adat-adat dan budaya orang asli di perkampungan tersebut.

Perkampungan orang Asli Guntur dan Cergun telah menerima pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kerjaraya (JKR), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Pejabat Daerah dan Wakil Rakyat. Keadaan penempatan penduduk agak tersusun dan terdapat juga yang tidak dapat dilihat melalui jalan utama ke perkampungan tersebut. Diantara kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di perkampungan orang Asli Guntur dan Cergun seperti di bawah.

  • (1) Balai Serbaguna 1 buah
  • (2) Tabika 1 Buah
  • (3) Balai Rawatan 1 Buah
  • (4) Padang Bola Sepak 1 buah
  • (5) Gelanggang Sepak Takraw 1 Buah
  • (6) Bekalan Tenaga Elektrik 24 Jam (TNB)
  • (7) Bekalan Air Graviti Perkampungan Cergun
  • (8) Bekalan Air JBANS Perkampungan Guntur

Perkampungan orang Asli Cergun masih belum mendapat bekalan air dari JBANS. Mereka memperolehi bekalan air daripada sumber graviti yang telah dibangunkan melalui peruntukkan JHEOA yang bernilai RM 60,000.00. Sementara itu penduduk kampung orang Asli Guntur telah menerima bekalan air dari JBANS. Diperkampungan guntur dan Cergun terdapat perkhidmatan bas awam iaitu dari Guntur ke Batu Kikir. Perkhidmatan bas tersebut dikendalikan oleh Syarikat Kenderaan SK Beting yang beroperasi pada hari isnin, rabu dan sabtu dan waktu beroperasi ialah pada jam 0800, 1100 dan 1500. Kadar tambang yang dikenakan dari Guntur ke Batu Kikir ialah RM 2.00 sahaja. Disamping itu juga penduduk yang ingin ke Batu Kikir boleh menggunakan perkhidmatan kereta sapu yang turut mengenakan tambang RM 2.00 serta kenderaan dan motorsikal persendirian. Perkampungan ini juga tidak mempunyai kemudahan sekolah kebangsaan ataupun sekolah menengah. Pelajar-pelajar akan pergi belajar di Sekolah Kebangsaan Tengkek bagi mereka yang menuntut di tahun 1 hingga 6. Sementara pelajar sekolah menengah akan belajar di Sekolah Menengah di pekan Batu Kikir. Pengangkutan bagi pelajar tersebut disediakan oleh JHEOA yang menyediakan van. Sekiranya pelajar tersebut dihantar oleh ibubapanya , JHEOA akan memberi wang RM 50.00 bagi tujuan tersebut.

Masalah utama penduduk di kampung Guntur dan Cergun ialah jalan kampung Guntur yang musnah akibat kerja-kerja pengangkutan balak. Sehingga kini penduduk terpaksa menggunakan jalan tersebut bagi urusan harian mereka. Pihak-pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memperbaiki dan membina semula jalan tersebut untuk keselesaan penduduk.

Kebanyakkan penduduk orang Asli di perkampungan Guntur dan Cergun bekerja sebagai penoreh getah sebagi sumber pendapatan utama. Terdapat juga penduduk yang berkerja operator pengeluaran di kilang di daerah Jempol. Selain daripada itu mereka juga mencari hasil hutan seperti rotan, petai, madu lebah akar-akar kayu dan menjual buah-buahan sebagai punca pendapatan sampingan. Kebanyakan hasil tersebut dijual kepada peraih Melayu dari kampung berdekatan untuk dipasarkan ke Batu Kikir, Bahau dan Kuala Pilah. Hasil temubual dengan penduduk juga mengatakan JAINS dahulu sering masuk ke perkampungan tersebut dan agak berjaya mengembangkan dan mengambil saudara baru dikalangan orang Asli tetapi tidak mengambil tindakan susulan bagi memberi sokongan dari segi marterial dan tunjukajar serta bimbingan. Sementara itu JHEOA dan ADUN setempat iaitu YB Tuan Mohamad Razi bin Kail sering membuat lawatan ke perkampungan tersebut. Maklumat daripada En Salim bin Jantan juga mengatakan YB Tuan Mohamad Razi bin Kail dan JHEOA sering mengadakan program dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang Asli.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ULU MAMPAS

a. Perkampungan orang Asli Ulu Mampas terletak dalam kawasan DUN Seri Menanti. Jarak daripada Bandar Kuala Pilah ke perkampungan tersebut ialah lebih kurang 22 km dan jarak dari kampung orang Asli Ulu Mampas ke jalan utama Kuala Pilah/ Seremban ialah 8 km. Terdapat 2 buah Empangan iaitu Empangan Terachi yang terletak dijarak lebih kurang 1 ke 2 km ke barat laut dari kampung orang Asli Ulu Mampas dan Empangan Talang di jarak lebih kurang 4 ke 5 km ke Timur Laut dari perkampungan tersebut.

b. Penduduk seramai 68 orang yang terdiri daripada 18 keluarga dan 15 buah rumah. Penduduk kampung orang Asli Ulu Mampas masih menganut dan mengamalkan adat nenek-moyang mereka iaitu Animisma. Ketua Adat bagi orang Asli ialah Tok Batin bernama Seli bin Tiot (No Tel: 06-4888943) yang mengetuai adat-adat dan budaya orang Asli di perkampungan tersebut. Beliau adalah menantu kepada Batin Kentos bin Mukin (Batin kampung Asli Langkap) dan bekelulusan MCE tahun pada 1978.

c. Kemudahan asas disediakan oleh kerajaan melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kerjaraya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Wakil Rakyat. Penempatan penduduk agak berkelompok dan kebanyakan rumah dibina didalam satu kawasan dan berhampiran dengan rumah Tok Batin. Di antara kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di perkampungan orang Asli Ulu Mampas adalah seperti di bawah.

(1) Pusat Kesihatan - 1 (2) Bekalan Air JBA (Tekanan Rendah) (3) Bekalan Elektrik 24 jam oleh TNB (4) Kemudahan Telefon Rumah - 4 buah rumah sahaja

d. Kampung bekalan air bersih disalurkan oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan. Namun begitu disebabkan oleh tekanan rendah bekalan air sukar sampai ke rumah-rumah diperkampungan tersebut. Mereka memperolehi bekalan air untuk kegunaan harian daripada air-air bukit yang disalurkan melalui paip ke rumah mereka yang dibuat secara gotong-royong. Saluran paip tersebut adalah sumbangan dan bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Perkampungan orang asli Ulu Mampas juga tidak mempunyai sistem pengangkutan awam. Penduduk yang ingin pergi ke pekan Terachi, Tg Ipoh atau Kuala Pilah terpaksa menggunakan perkhidmatan kenderaan persendirian dan motosikal. Perkampungan orang Asli Ulu Mampas tidak mempunyai sekolah kebangsaan ataupun sekolah menengah. Pelajar-pelajar akan pergi belajar di Sekolah Kebangsaan Terachi bagi mereka yang menuntut di tahun 1 hingga 6. Sementara pelajar sekolah menengah akan belajar di Sekolah Menengah Tanjung Ipoh. Pengangkutan bagi pelajar tersebut disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang menyediakan kenderaan. Sekiranya pelajar tersebut dihantar oleh ibubapanya JHEOA akan memberi wang RM 50.00 bagi tujuan pengangkutan tersebut.

e. Hasil temubual dengan beberapa penduduk, orang luar selalu masuk ke perkampungan tersebut bagi memburu di sekitar hutan yang terdapat di sini. Pemburu-pemburu tersebut kebanyakan datang dari kampung-kampung berdekatan. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah menoreh getah dan mencari hasil hutan seperti kayu gaharu, petai, rotan, akar-akar kayu dan madu lebah. Kebanyakan hasil tersebut dijual kepada penduduk-penduduk dan peraih yang akan mengambil hasil-hasil tersebut untuk di pasarkan ke Kuala Pilah. Hasil temubual dengan penduduk juga mengatakan JHEOA kerap masuk ke perkampungan tersebut bagi mengetahui masalah penduduk. Sekiranya penduduk bermasalah mereka juga akan merujuk ke JHEOA yang terletak di kompleks Pejabat Daerah. Jabatan Agama Islam dimaklumkan tidak pernah masuk bagi melaksanakan program–program di kampung orang Asli Ulu Mampas. Selain itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti (ADUN) dikatakan jarang membuat lawatan dan program di kampung tersebut. Beliau hanya datang semasa kempen pilihanraya dengan membuat pelbagai janji kepada penduduk. Dari maklumat yang diterima kebanyakan janji-janji tersebut gagal dilaksanakan seperti pembinaan kemudahan telefon awam, pemberian khemah, meja dan kerusi serta pembinaan gelanggang sepak takraw. Menurut Batin Seli bin Tiot, beliau telah membuat permohonan kepada ADUN dan JHEOA berhubung janji-janji tersebut tetapi hingga kini masih lagi belum ada tindakan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah memaklumkan bahawa pihak JHEOA ada menerima permohonan tersebut dan telah memajukan kepada pihak atasan JHEOA Negeri Sembilan/Melaka dan disebabkan tiada peruntukkan permohonan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Keadaan bentuk muka bumi di daerah Kuala Pilah keseluruhannya adalah tanah tinggi. 50 peratus kawasan tanah tinggi ini masih lagi diliputi oleh hutan. Kawasan-kawasan tanah tinggi terletak di sebelah utara, selatan dan barat daerah Kuala Pilah. Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai tanah tinggi yang dikenalpasti terletak di Hutan Rizab Pelangai di Utara, Hutan Rizab Berembun dan Hutan Rizab Angsi di barat serta Hutan Rizab Johol di selatan daerah Kuala Pilah. Di antara gunung-gunung dan kemuncak tinggi yang terdapat di daerah Kuala Pilah ialah Gunung Angsi (825 meter), Gunung Rembau (884 meter), Gunung Gagak (807 meter), Gunung Pasir (892 meter), Bukit Ulu Pilah (911 meter) dan Bukit Sangkar Puyoh (856 meter).

Sementara itu tanah pamah dan tanah yang mempunyai ketinggian sederhana terletak di bahagian tengah, timur dan selatan yang meliputi 45 peratus keluasan daerah Kuala Pilah. Kebanyakan kawasan-kawasan ini telah dijadikan kawasan peladangan dan pertanian. Kawasan dataran pula terdapat di sepanjang sungai Muar, sungai Seri Menanti, Sungai Terachi dan sungai Batang Pilah yang meliputi 5 peratus keluasan daerah Kuala Pilah. Kawasan dataran ini terletak berhampiran dan di sepanjang jalan Seremban ke Bahau.

Butir-butir terperinci sektor guna tanah adalah seperti berikut:-

  • Hutan Simpan : 35,560.87 hektar (29.61%)
  • Pertanian : 71,219.21 hektar (64.70%)
  • Kerajaan Persekutuan : 135.92 hektar (0.12%)
  • Rizab Orang Asli : 1,038.82 hektar (0.94%)
  • Perindustrian : 24.28 hektar (0.02%)
  • Tanah Kerajaan : 2,444.89 hektar (2.2%)
  • Lain-lain Rezab Negeri : 1,614.59 hektar (1.47%)

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Kuala Pilah sama seperti cuaca yang terdapat di Malaysia, secara ringkasnya keadaan cuaca adalah seperti berikut:

  • Suhu purata (27.1 C)
  • Musim kemarau (Januari, Februari, Jun, Julai dan Ogos)
  • Hujan tahunan (1623 mm)
  • Bulan paling lembab (November)
  • Bulan paling kering (Januari)

Sosioekonomi[sunting | sunting sumber]

Tumpuan daerah Kuala Pilah ialah dalam bidang pertanian dan penternakan sebagai sumber utama ekonomi. Bidang-bidang pertanian yang utama ialah getah, kelapa sawit, padi dan buah-buahan serta tanaman buah naga. Sementara itu terdapat juga tempat tarikan perlancongan seperti di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Empangan Talang, Perkampungan Budaya Terachi, Pekan DiRaja Seri Menanti Kuala Pilah, Hutan Lipur Batu Maloi, Gunung pasir dan Jeram Tengkek.

Sistem perhubungan[sunting | sunting sumber]

Kuala Pilah merupakan daerah yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan. Daerah ini boleh dihubungi hanya menggunakan laluan darat iaitu jalan raya. Daerah Kuala Pilah boleh dihubungi dengan Seremban melalui jalan Bukit Putus, Bahau melalui jalan Kuala Pilah – Bahau, Jelebu melalui jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Tampin melalui jalan Kuala Pilah - Tampin melalui Air Mawang dan Rembau melalui jalan Kuala Pilah - Rembau. Terdapat pelbagai syarikat pengangkutan yang menjalankan operasi mereka di daerah ini.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pada keseluruhan 95% daripada semua pekan, perkampungan tradisional, kampung baru telah mendapat kemudahan asas seperti jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air kecuali beberapa buah perkampungan orang asli. Keseluruhan rangkaian jalan raya yang terdapat di daerah Kuala Pilah ialah Jalan Persekutuan 102 km, Jalan Negeri 274 km dan Jalan Kampung ialah 602 km (di kenali sebagai Jalan Pegawai Daerah).

Kemudahan-kemudahan asas dan sosial yang terdapat di daerah Kuala Pilah adalah seperti berikut:

a.      Hospital Daerah------------------------------1 buah
b.      Pusat Kesihatan------------------------------7 buah
c.      Klinik Desa----------------------------------14 buah
d.      Rumah Bidan Kerajaan-------------------------8 buah
e.      Klinik Pergigian-----------------------------1 buah
f.      Sekolah Menengah-----------------------------10 buah
g.      Sekolah Rendah-------------------------------36 buah    
h.      Sek Rendah Jenis Kebangsaan (C)--------------10 buah
i.      Sek Rendah Jenis Kebangsaan (T)--------------2 buah
j.      Masjid---------------------------------------68 buah 
k.      Surau-----------------------------------------297 buah
l.      Gereja----------------------------------------1 buah
m.      Tokong----------------------------------------13 buah
n.      Kuil------------------------------------------8 buah
o.      Balai Raya------------------------------------87 buah
p.      Dewan Orang Ramai-----------------------------8 buah
q.      Kolel Matrikulasi-----------------------------1 buah
r.      UiTM Cawangan Kuala Pilah---------------------1 buah
s.      Pusat Giat Mara ------------------------------1 buah                            
t.      Kompleks Sukan  ------------------------------1 buah


a) Bandar-Bandar

b) Pekan-Pekan Kecil

c) Kampung-Kampung Tradisional

d) Taman Perumahan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. KOD PENCAMAN LOT TANAH – Unique Parcel Identifier : UPI
  2. Rujuk Peta Semenanjung Malaysia Siri L7030 Edisi 1-PPNM Sheet 3956 Kuala Pilah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]