Kuala Sungai Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Sungai Baru merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kuala Sungai Baru merupakan sebuah bandar kecil di utara Melaka, bandar ini dikira bersempadanan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Bandar ini dihuni dalam 12,941 orang [perlu rujukan] yang kebanyakan nya adalah berasal dari Melaka, tetapi ada juga dikalangan penduduk yang berhijrah dari seluruh pelusuk malaysia yang datang berkerja di sektor awam dan juga sektor swasta.

Bandar Kuala Sungai Baru juga berdekatan dengan Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan juga Bandar Masjid Tanah. Di Bandar Kuala Sungai Baru, mempunyai 2 institusi pendidikan yang terkenal di malaysia dan dunia iaitu, Akademi Laut Malaysia (ALAM)dan juga KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM). kedua-dua institusi ini merupakan institusi yang sangat penting bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan institusi milik petronas, kebanyakan pelajar yang belajar di sini merupakan pelajar-pelajar yang telah diberikan biasiswa daripada petronas, akan tetapi ada juga pelajar yang membiayai sendiri.

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) merupakan Kolej Islam milik kerajaan negeri melaka, pelajar-pelajar nya juga mendapat pinjaman daripada kerajaan negeri melaka dan institusi kerajaan negeri. dikawasan ini, mempunyai banyak jabatan-jabatan kerajaan seperti Balai Polis, Klinik Kesihatan, jabatan Mardi, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia(APMM), Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Sekolah Kebangsaan Othman Syawal,Sekolah Kebangsaan Air Jernih,SK Kuala Linggi,SK Kg.Tengah,SK Sg.Tuang,SRA Darul Falah,SMA Darul Falah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Sin.Juga destinasi kaki pancing sama ada di persisir pantai mahupun menggunakan perahu sewa. Jeti kuala juga mendaratkan ikan-ikan segar.

Bandar ini bakal menjadi sebuah bandar moden seperti bandarraya Melaka kerana banyak kawasan perumahan baru telah dibuka antaranya Taman Desa Bayu, Taman Seri Gamelan, Taman Seri Kuala, dan berbagai taman perumahan yang telah tumbuh bagaikan cendawan.

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Kuala Damai
  2. Taman Kuala Jaya
  3. Taman Paya Mengkuang
  4. Taman Seri Kuala 1
  5. Taman Seri Kuala 2
  6. Taman Seri Kuala 3
  7. Taman Seri Gamelan
  8. Taman Desa Bayu

Kampung[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Pantai
  2. Kampung Teluk Gong
  3. Kampung Hilir
  4. Kampung Baru
  5. Kampung Permatang
  6. Kampung Ladang
  7. Kampung Guan
  8. Kampung telok Belanga
  9. Kampung Air molek

Pekan Berhampiran[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Tanah
  2. Kuala Linggi
  3. Ramuan Cina Besar
  4. Sungai Baru Ilir

Pautan luar[sunting | sunting sumber]