Kuari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Taman-taman perumahan yang dibina mengalami masalah pencemaran habuk kuari dan gegaran semasa letupan dijalankan. Pekerja akan memasang beberapa siri dinamit di dalam lubang yang telah dikorek terlebih dahulu. Dinamit-dinamit disambung dengan wayar panjang ke suiz khas. Bongkah-bongkah batu akan meletup dan runtuh ke bawah . Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.

Kemalangan kuari[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2007, runtuhan batu di Kuari Imerys Honaik (Malaysia) Sdn Bhd di Keramat Pulai, Simpang Pulai 12 km di selatan Ipoh, Perak menyebabkan dua pekerja terbunuh. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Jalaluddin Ibrahim menyatakan mayat Shafirul Azhar Fadil dan Abdul Rashid Shafie dihantar ke Hospital Ipoh. Pekerja syarikat Molek Kinta Sdn Bhd itu sedang menggerudi lubang 12 kaki untuk meletupkan bongkah batu. Hujan lebat menyebatkan lereng bukit itu tidak stabil dan menggelongsor. [1]

Pada 5 Jun 2008, pakar letupan kuari terbunuh di kuari Simpang Pulai, Perak. Ketika itu Wong Kok Lun, 68 sedang mengeluarkan air hujan dari lubang yang ditebuk untuk memasukkan bahan letupan. Wong dan kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kren turut tertimbus.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]