Kuasa tawar-menawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuasa tawar-menawar ialah konsep yang berkaitan dengan keupayaan relatif pihak-pihak dalam sesuatu keadaan untuk mempengaruhi satu sama lain. Jika kedua-dua pihak mempunyai kedudukan yang sama dalam sesuatu perundingan, maka mereka akan mempunyai kuasa tawar-menawar yang sama, misalnya dalam pasaran persaingan sempurna atau antara monopoli dan monopsoni yang setanding.

Terdapat sebilangan bidang yang konsep kuasa tawar-menawar terbukti sangat penting kepada analisis yang menyeluruh, misalnya:

dan apa-apa jua perundingan secara umum.

Kuasa tawar-menawar seringnya diungkapkan sebagai nibah keupayaan sesuatu pihak untuk mempengaruhi pihak yang lain terhadap kos tidak mencapai persetujuan untuk pihak tersebut.

BPA(Kuasa Tawar-Menawar A) = (Faedah dan Kos yang boleh dikenakan pada B)/(Kos yang dikenakan pada A jika B tidak bersetuju)

BPB(Kuasa Tawar-Menawar B) = (Faedah dan Kos yang boleh dikenakan pada A)/(Kos yang dikenakan pada B jika A tidak bersetuju)

Jika BPA adalah lebih besar daripada BPB, maka A mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih besar daripada B, dan hasil persetujuan cenderung akan menguntungkan A, dan sebaliknya jika keadaan tersebut disongsangkan.

Perumusan ini dan versi-versi lebih kompleks yang mempunyai pemboleh ubah yang ditetapkan dengan lebih persis, telah digunakan untuk memerikan kelakuan peserta dalam sesuatu perundingan dan menentukan adakah kelakuan mereka akan jatuh pada pilihan-pilihan yang dapat disetujui oleh semua pihak. Dalam keadaan yang kelihatan terdapat kesamaan juga, terdapat faktor-faktor juga yang terangkum dalam model kuasa tawar-menawar yang lebih kompleks.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tawar-menawar