Kubang Kerian
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kubang Kerian ialah sebuah bandar, daerah dan juga kawasan parlimen di jajahan Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk Jabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terletak di kawasan kampus. Kubang Kerian terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 40-45 minit dari lapangan terbang Pengkalan Chepa.
Majoriti penduduk Kubang Kerian merupakan Muslim. Terdapat banyak masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah masjid biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM. Kawasannya juga menempatkan Istana diraja negeri Kelantan, serta menjadi tempat kediaman rasmi Sultan Kelantan serta kerabat diraja Kelantan Darul Naim.