Kucing hutan Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kucing hutan Norway
Kucing hutan Norway betina
Asal usul Norway
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
FIFe (Piawaian)
CFA (Piawaian)
ACF (Piawaian)
CCA (Piawaian)
AACE (Piawaian)
ACFA/CAA (Piawaian)
Kucing bela jinak (Felis catus)

Kucing hutan Norway (Norway: norsk skogkatt atau [norsk skaukatt] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); bahasa Inggeris: Norwegian forest cat) ialah satu baka kucing bela jinak yang asli di Eropah Utara. Baka semula jadi ini teradaptasi terhadap iklim sangat sejuk, dengan bulu lapis atas licau, panjang, dan mengurangkan air, dan bulu lapis bawah berwul untuk penebatan. Sungguhpun ini tidak pasti, leluhur baka ini mungkin merupakan baka tempatan kucing berbulu pendek yang dibawa ke Norway oleh Viking pada sekitar tahun 1000, yang mungkin juga telah membawa dengan mereka kucing berbulu panjang, seperti yang menjadi leluhur kepada baka kucing Siberia dan kucing Anggora Turki. Semasa Perang Dunia II, baka ini hampir pupus sehingga usaha oleh Kelab Kucing Hutan Norway membantu baka ini dengan mengadakan atur cara pembiakbakaan rasmi. Ia didaftarkan sebagai baka dengan Fédération Internationale Féline Eropah pada 1970-an, apabila seorang penggemar kucing tempatan, Carl-Fredrik Nordane, mengambil perhatian tentang baka ini dan melakukan usaha untuk mendaftarkannya. Semasa ini, kucing hutan Norway adalah sangat popular di Norway, di Sweden, di Iceland dan di Perancis.

Ia merupakan kucing besar dan kuat, yang serupa dengan baka Maine Coon Amerika, dengan ekor lebat dan tubuh tegap. Baka ini sangat bagus dalam memanjat, oleh sebab ia mempunyai cakar kuat. Jangka hayatnya biasanya 14 hingga 16 tahun, tetapi penyakit ginjal dan jantung telah dilaporkan pada baka ini. Secara tertentu pada baka ini, susunan semula kompleks bagi enzim pencabangan glikogen (GBE1) boleh menyebabkan keruntuhan hiplogisemia perinatal dan kemerosotan otot saraf onset hujung juvenil dalam penyakit penyimpanan glikogen jenis IV.

Kucing hutan Norway dewasa berumur 18 bulan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eilert-Overbeck, Brigitte (2009). Cats (Complete Pet Owner's Manual). Hauppauge, New York: Barron's Educational Series. m/s. 8. ISBN 9780764142840.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Persatuan dan kelab baka[sunting | sunting sumber]

Templat:Pandu arah kucing