Kuda Belgium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belgium

Kuda penarik Belgium
Ciri-ciri unggul: Kepala kecil, leher yang tebal dan berotot kekar, bahu-bahu dan suku-suku yang kuat, kaki-kaki pendek dengan sedikit suai anggul. Berwarna merah chestnut atau roan
Nama alternatif: Brabants trekpaard
Cheval de trait belge
Brabançon
Belgian Heavy Draft
Belgisch Trekpaard
Negara asal: Belgium
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Belgium atau kuda penarik Belgium, juga dikenali sebagai Kuda Berat Belgium, Brabançon,[1] atau Brabant, merupakan sejenis baka kuda penarik dari kawasan Brabant di negara Belgium, di mana ia dikenali sebagai [Cheval de trait belge] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) atau dalam bahasa Flemish: [Belgisch Trekpaard] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) atau [Brabants Trekpaard] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) atau [Brabander] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan). Ia adalah antara yang terkuat dalam kalangan baka berat. Baka ini dinaungi oleh Société Royale Le Cheval de Trait Belge/Koninklijke Maatschappij het Belgisch Trekpaard (Persatuan Kuda Penarik Belgium Diraja) dan Eleveurs Wallons du Cheval de Trait Belge/Vlaamse Fokkers van het Belgisch Trekpaard (Persatuan Pembiak Baka Kuda Penarik Belgium di Walloon).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kuda Penarik Berat Belgium tingginya sekitar 16.2 ke 17 tangan (66 ke 68 inci, 168 ke 173 cm). [2] Pada puratanya kuda Belgium mencapai berat sehingga sedikit mencecah 900 kilogram (2,000 paun). Kebanyakan kuda Belgium mempunyai bulu berwarna chestnut dengan surai dan ekor berwarna kuning buluh. Kepalanya agak kecil dan berbentuk sempurna.[2] Kuda Belgium di Amerika Utara tidak sebesar kuda Brabant di Eropah tetapi sama susuk badannya.[2]

Kuda Belgium banyak ditimpa epidermolisis bulosa simpangan (JEB), iaitu kecelaruan gen warisan yang menyebabkan anak kuda baru lahir kehilangan banyak kulit di samping keanehan lain, hingga terpaksa diberi eutanasia. Kajian yang dilakukan pada 2001-2003 mendapati bahawa 17.1% kuda Belgium yang diuji di AS dan Kanada adalah pembawa, termasuk 13.5% jantan dan 28.9% betina. Jika pembawa tidak dipasangkan, maka JEB boleh dielakkan, malah para ahli sains sedang mengkaji lebih lanjut penyakit itu dengan harapan untuk menghapuskannya sama sekali.[3] Belgian Daftar baka Belgium di AS mewajibkan ujian JEB.[4] Kuda Belgium juga dikenal pasti terdedah kepada limfedema progesif kronik yang merangkumi simptom-simptom bengkak meneruk, hiperkeratosis dan fibrosis pada anggota kaki yang distal. Penyakit ini serupa dengan limfedema kronik dalam manusia.[5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kuda penarik Brabant
lukisan oleh Henry Schouten (1857-1927)

Kuda Belgium masih digunakan sebagai haiwan pekerja, malah juga semakin digemari ramai sebagai kuda pertunjukan dan tunggangan riadah. Kuda Brabant dan baka-baka saudara yang masih wujud di Belgium kini juga digemari untuk daging kuda yang lembut dan dianggap sebagai makanan istimewa.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Summerhayes, RS; "Horses & Ponies", Warne & Co, 1948
  2. ^ a b c "Breed Profile". Equisearch. Dicapai pada 2013-08-19.
  3. ^ Church, Stephanie L. (March 1, 2004). "JEB in Belgian Draft Horses". The Horse. Dicapai pada 2009-10-23.
  4. ^ "Bylaws of the Belgian Draft Horse Corp" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-07. Dicapai pada 2014-01-11.
  5. ^ "Chronic Progressive Lymphedema (CPL) in Draft Horses". University of California, Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-03. Dicapai pada 2010-05-22.
  6. ^ Brady, Irene. America's Horses and Ponies. Boston: Houghton Mifflin Company, 1969.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]