Kuda Riwoche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuda Riwoche
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. ferus caballus

Kuda Riwoche merupakan sejenis kuda berwarna dun dan bersaiz kuda padi yang berasal dari Tibet timur laut. Ia mula menarik perhatian antarabangsa pada tahun 1995, ketika rupa luaran serta badannya yang kecil menimbulkan andaian bahawa ia merupakan hubungan evolusi antara kuda liar prasejarah dan kuda jinak masa kini. Bagaimanapun, kupasan selanjutnya menunjukkan bahawa ianya tiada perbezaan genetik dengan kuda moden.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Lokasi Daerah Riwoqê di Tibet, di mana ditemuinya kuda-kuda berkenaan.

Baka ini mula-mula diperhatikan oleh bangsa bukan Tibet pada Oktober 1995 di sebuah lembah terpencil yang 27 kilometer (17 bt) panjangnya, hanya boleh dicapai dengan menyeberangi sebuah genting gunung sepanjang 5,000 meter (16,000 ka), oleh sepasukan enam penjelajah yang diketuai oleh ahli etnologi Perancis, Michel Peissel.[1] Ketika dalam ekspedisi untuk mengkaji satu lagi baka kuda yang pernah diperhatikan oleh Peissel pada tahun 1993, iaitu kuda Nangchen,[2] pasukannya bertemu dengan sekawan kuda kecil di sebuah lembah terpencik di daerah Riwoche, Tibet.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kuda Riwoche bersaiz kuda padi, tingginya hanya 12 tangan (48 inci, 122 cm). Ia berwarna dun, berbadan kurus, bersurai tegak dan bertompok-tompokan primitif termasuklah sebatang jalur dorsal di sepanjang spinanya serta belang-belang di belakang kakinya. Ciri-ciri ini serupa dengan yang terdapat pada sesetengah baka kuda moden yang dipercayai berakar umbi di zaman purba.[1] Telinga kecilnya, bulunya kasar,[2] rahangnya kecil, dahinya lurus dan rata, dan lubang hidungnya sempit dan seakan "paruh itik".[3]

Rupa kuda ini yang aneh membuat Peissel berandaian bahawa ia mungkin adalah "fosil hidup." Menurut beliau, ia amat menyerupai kuda dalam seni gua prasejarah, iaitu suatu kuda "nombor dua" yang berbeza tetapi sering digambarkan di samping kuda-kuda yang bersusuk badan seakan kuda Przewalski.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dam, Julie K. L.; Crumley, Bruce; Gibson, Helen (November 27, 1995). "Ancient Hoofbeats: In Tibet, A Missing Link in Equine Evolution?". Time. New York City: Time Inc. 146 (22). Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-18. Dicapai pada September 10, 2009.
  2. ^ a b Lowry, Susan. "Explorer backs Tibetan dark horse in the history stakes." Fortean Times (reprinted) Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine Accessed September 10, 2009
  3. ^ a b Peissel, Michel (April 1999). "Reserve on the Roof of the World". Geographical. London: Royal Geographical Society. 71 (4). Dicapai pada September 10, 2009.