Kuda belang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuda belang
Kuda belang dataran (Equus quagga)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Perissodactyla
Keluarga: Equidae
Genus: Equus
Subgenus: Hippotigris and
Dolichohippus
Spesies

Equus zebra
Equus quagga
Equus grevyi
See here for subspecies.

Kuda belang adalah ahli famili kuda yang berasal daripada Afrika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya ialah Equus burchelli.

Kesemua kuda belang mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan belang sendeng kearah bahagian belakang. Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang tersebut berfungsi sebagai mekanisme penyamaran; sesetengah yang lain pula percaya bahawa ia memainkan peranan dalam interaksi sosial dan bertindak sebagai cara membezakan antara seekor dengan seekor yang lain melalui perbezaan corak belang.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga spesies dan banyak subspesies. Populasi kuda belang jelas berbeza, dan hubungan natara dan status taksonomi beberapa subspesies adalah tidak jelas.

Kuda belang dataran[sunting | sunting sumber]

Kuda belang dataran (Equus quagga, dahulunya Equus burchelli) adalah paling biasa, dan mempunyai atau pernah mempunyai 5 subspesies tersebar sepanjang selatan dan timur Africa. Ia, atau subspesies tertentu, juga pernah dikenali sebagai Zebra Biasa, Dauw, Zebra Burchell (sebenarnya subspesies yang pupus, Equus quagga burchelli), dan Quagga (juga subspesies yang pupus, Equus quagga quagga).

Kuda belang gunung[sunting | sunting sumber]

Kuda belang gunung (Equus zebra) di barat daya Afrika cenderung memiliki kulit licin sleek coat dengan perut putih dan belang halus berbanding dengan kuda belang padang rumput plain. Ia mempunyai dua subspesies yang dikelaskan sebagai terancam.

Kuda belang Grevy[sunting | sunting sumber]

Kuda belang Grevy (Equus grevyi) adalah jenis terbesar, serupa dengan zebra lain tetapi dengan bulu tengkuk tegak, dan kepala yang panjang kurus menjadikan ia kelihatan seperti keldai. Ia adalah haiwan padang rumput separuh kering di Ethiopia, Somalia, dan utara Kenya. Ia juga merupakan haiwan terancam.

Galeri[sunting | sunting sumber]