Kuih akok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sarang kuih akok moden.

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

Asal[sunting | sunting sumber]

Kuih akok sangat popular di Kelantan dan Terengganu. Para pembuat kuih akok di Kelantan ini pada asalnya adalah dari Pattani atau kawasan sekitar yang mempunyai talian persaudaraan dengan penduduk Kelantan. Rahsia resepi kuih akok adalah berkait rapat dengan sifat kedekut atau tidak pembuatnya. Hal ini kerana proses penghasilan kuih akok yang sedap memerlukan penggunaan telur yang banyak. Oleh itu jika pembuatnya kedekut, telur ayam yang digunakan adalah sedikit. Ini akan menghasilkan rasa kuih akok yang tawar atau tidak sedap, dan mempunyai banyak tepung. Kuih akok menjadi kuih tradisi Kelantan.

Nama[sunting | sunting sumber]

Tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama Akok.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]