Badak berendam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuih badak berendam)
Kuih badak berendam.

Kuih badak berendam, atau juga dikenali sebagai sopang di Negeri Sembilan, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]