Kuih buah rotan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih buah rotan.

Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur. Ia kemudian dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak. Kuih ini popular di negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia.

Nama[sunting | sunting sumber]

Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom/bijan.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih buah rotan banyak dibuat dan dijual di Malaysia. Ia biasanya banyak pada musim hari perayaan dan tidak dijual secara harian. Pada musim perayaan, kuih buah rotan tidak perlu ditempah lebih awal.

Kuih buah rotan kurang diminati kecuali pada hari perayaan.

Resipi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 50 sen bijan

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Gaul tepung pulut dengan telur dan gula. Masukkan sedikit demi sedikit air kedalam adunan sambil diuli hingga lembut. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]