Kuih karas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih karas berbentuk separuh bulan.
Kuih karas berbentuk segi empat.

Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.

Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing.

Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]