Kuih gulung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuih ketayap)
  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.


Kuih Gulung / Ketayap.

Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.


Asal[sunting | sunting sumber]

Dipercayai ketayap berasal dari Terengganu dan Kelantan.dulu ketayap terkenal kerana inti kelapa yang dikacau dengan nisan atau gula. Dipercayai ketayap wujud sejak zaman kesultanan Melaka lagi

Nama[sunting | sunting sumber]

Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih gulung ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal.


Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih Gulung / Ketayap.

Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena pada jari orang yang memakannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]