Kuih ocong-ocong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contoh gambar kuih ocong-ocong

Kuih Ocong-ocong atau juga dikenali sebagai Yongkong merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih Ocong-ocong diperbuat dari tepung pulut, dibentuk seperti bebola dengan inti di dalamnya dan dimasak bersama kuah santan pekat yang memberikannya rasa lemak manis.

Resepi[sunting | sunting sumber]

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 15 helai daun pandan, diambil airnya
  • 2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat 2 cawan gula merah
  • Secukup air
  • Sedikit garam

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Tepung pulut dibancuh dengan air pandan sehingga membentuk doh lembut, dan dibiarkan sekejab. Kelapa yang diparut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]