Kuih tepung gomok
Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai buah gomok, atau gomak atau juga dikenali sebagai Kuih buah beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.
Isi kandungan |
[sunting] Asal
Kuih tepung gomok ini popular di Malaysia dan ada terdapat dijual secara meluas secara harian. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.
[sunting] Nama
Nama gomak kurang pasti bagaimana ia dinamakan sebegitu. Kemungkinannya sempena bentuk kuih yang bulat gemuk.
Ia tepat sekali, buoh gomok (kelantanese) nama diberi kerana bentuk nya yang bulat gemuk bersalut debu tepung gandum putih berintikan kelapa
[sunting] Penyebaran
Kuih tepung gomok ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal.
[sunting] Dalam budaya popular
Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- Terengganu - Local Delicacy & Traditional Cuisine
- (Bahasa Melayu) Resepi di Kuali.
- (Bahasa Melayu) Resepi dan gambar.
- Mengenai tepung gomok