Kuih tok aji serban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Kuih Tok Aji Serban (seri kaya berpulut) di sebelah kiri dan kuih sekaya penuh di sebelah kanan

Kuih tok aji serban merujuk kepada sejenis kuih yang dimasak bersama pulut di bawah dengan kepala manis sekaya di atas.

Bahagian kepala kuih tok aji serban diperbuat daripada telur dan santan. Ia juga boleh menjadi kuih seri kaya / kuih sekaya sekiranya dimasak tanpa pulut di bawah dengan hanya kepala manis sekaya.

Kuih Tok Aji Serban hampir menyerupai kuih Seri Muka kecuali adunan kepala (bahagian atasnya) yang biasanya bewarna perang (coklat) dan bukannya hijau. Kuih ini sesuai dimakan pada waktu petang ( minum petang).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]