Kuil Kek Lok Si

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ke Lok Si-Ten Thousand Buddha Pagoda at Dawn.jpg
Ke Lok Si-Kuan Yin Statue-Daytime.jpg

Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.

Kuil Kek Lok Si yang terletak di Ayer Itam merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Kuil Kek Lok Si ini tersergam di bandar Ayer Itam dan dianggap Kuil Buddha terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Pagoda utamanya yang dikenali sebagai pagoda Sepuluh Ribu Buddha terdiri daripada tujuh tingkat yang menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma.

Kuil yang berukir indah ini memakan masa 20 tahun untuk dibina dan berkembang secara berterusan. Ia memiliki himpunan tempat menyembah, ukiran, taman dan kolam kura-kura.