Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuil Sri Maha Mariamman

Kuil Sri Maha Mariamman (ஸ்ரீ மாரியம்மன் கோவில்) ialah kuil tertua agama Hindu di Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Tun H.S. Lee.

Setiap kali perayaan Thaipusam diadakan setiap tahun, kuil ini akan dikunjungi ramai penganut Hindu. Tepat jam 12.30 malam, lebih 10,000 penganut agama Hindu akan berarak membawa "kavadi" dan periuk susu "pal koodam" serta memecahkan buah kelapa untuk membayar nazar untuk menebus dosa. Patung Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves juga diarak berjalan kaki ke Batu Caves jam 11 pagi pada hari Thaipusam.

Thaipusam atau Thaipooyam atau Thaippooyam dalam bahasa Malayalam adalah untuk memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki kepada Dewa Shiva dan Dewi Parvati. Thaipusam disambut pada bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai (Januari-Februari).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]