Coco (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Coco)
Coco
Berasal dariMalaysia Malaysia
Tahun aktif2000-
Syarikat rakaman
FMC
AhliAG
Shoun
Nine
G-Cola
Alimran

Kumpulan Coco merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu.[1]

Kumpulan Coco telah menghasilkan single pertama mereka, Takkan Menduakanmu yang berjaya mencapai gabungan catatan jualan melebihi 15,000 unit membuatkan kumpulan itu lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu untul album berikut mereka.

Dan kemudiannya selepas hampir tiga tahun menyepi tanpa album baru, akhirnya kumpulan Coco kembali muncul mengubati rindu para peminatnya dengan album terbaru Mengintai Langit. Mula dipasarkan pada 10 Mac 2008, album kedua kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Nine, 26 selaku vokalis, AG, 21 (gitar utama), Shoun, 24 (bass) dan Elle, 21 (drum) itu merupakan karya mereka sendiri. Mengintai Ke Langit yang merupakan single kedua Coco dan antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Takkan Menduakan Mu, Mengintai Ke Langit, Hilang Dalam Buram, Azimat Cintamu, Tanpa Mu, Kaku Terpaku, Aku Dengan Dirimu, Berteman Bintang dan Belum Terpisah.

Kelahiran album tersebut adalah sebagai kembali bergiat bagi Coco setelah tiga tahun menyepi. Mereka menggunakan masa tersebut untuk mengumpul bahan dan mencipta lagu untuk dimuatkan ke dalam album kedua mereka ini. Untuk album kali ini, 70 peratus daripadanya adalah hasil karya Coco dan selebihnya adalah dari komposer terkenal seperti Aidit Alfian dan Alfa Booty.

Turut diselitkan ialah sebuah lagu lama, Pilihlah Aku, nyanyian asal Latif Ibrahim yang kini diberi nafas baru serta dinyanyikan dengan cara tersendiri oleh Coco. Popular sekitar tahun 70-an serta memiliki melodi yang indah, membuatkan lagu ciptaan komposer terkenal Ahmad Nawab itu menjadi pilihan Coco.

Anggota[sunting | sunting sumber]

Mohd Hezry Hafidz, atau lebih dikenali sebagai AG Coco, ketua kumpulan Coco.
  1. Nine - Zulqarnain bin Jaafar [2]
  2. AG Coco - Mohd Hezry bin Mohd Hafidz
  3. Elle - Alimran bin Md. Sharif
  4. G-Cola - Mohd Akmal Fauzi bin Salleh
  5. Shoun - Mohd Syamsul bin Ramli

Ketua kumpulan Coco ialah AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Bin Mohd Hafidz, juga merupakan pemain gitar utama dalam kumpulan Coco. Lahir pada 7 Julai 1984 di Kedah, AG adalah lepasan Maktab Mahmud dan ASWARA. Pernah menganggotai kumpulan D'Relax. AG juga adalah salah seorang anggota kumpulan Hujan. Menggunakan gitar Godin[perlu rujukan] sebagai gitar pilihan

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Lagu yang mempopularkan lagi COCO ialah "Mengintai Langit"

Pernah memasuki carta Muzik2 selama lebih kurang 8-9 minggu dan pernah menduduki carta Hot FM30.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Coco harap tuah album baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2018-09-01.
  2. ^ "Cerita raya Coco, GSM & Ernie". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2018-09-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]