Daarchlea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Daarchlea)
Daarchlea
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreSymphonic metalmetal progresif
Tahun aktif2007–2015
Syarikat rakaman
Gegey Music
Pengkarya berkait
Sammael Abraham, Caladrius, Malapetaka
Laman sesawang
www.facebook.com/daarchleaofficial/ www.twitter.com/daarchlea/
AhliKhairulazizi
Muhd Zulhelmy Adha
Asyraf Ahmad
Wan Rukhairul
Bekas ahliFirdaus Hashim
Zulkhairee
Shairulzaim
Putra Al-Matin

Daarchlea merupakan sebuah kugiran metal progresif Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mereka mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2006 dan pada awal tahun 2007 yang pada asalnya dianggotai oleh Muhd Zulhelmy Adha & Khairul Azizi.

Pada 14 Mei 2014, di laman Facebook Daarchlea telah mengumumkan bahawa album penuh baru mereka yang berjudul Suns telah dilancarkan pada 27 Ogos 2014.[2][3] Suns adalah sebuah debut album berdurasikan 30 minit yang menampilkan 10 buah lagu, yang telah dijuruterakan dan diterbitkan oleh pemain drum kugiran sendiri, Wan Rukhairul dan turut dibantu oleh Nash Muhandes (Massacre Conspiracy & I, Revival), dirakamkan di MC16 Studio, Kuala Lumpur.

Album ini dikatakan mempunyai elemen-elemen daripada muzik black metal, death metal, moden metal, prog metal, dan muzik tradisional rakyat Malaysia, kesemuanya digabungkan bersama ke dalam album tersebut dan akhirnya telah membentuk sebuah koleksi unik lagu-lagu yang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap semua orang yang mendengarnya.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli terkini
  • Khairulazizi - gitar (2007–kini)
  • Muhd Zulhelmy Adha - gitar (2007–kini)
  • Asyraf Ahmad - papan nada (2009–kini)
  • Wan Rukhairul - dram, vokal sampingan (2011–kini)
Bekas ahli
  • Putra Al-Matin (Ziddy) - vokal (2013–2018)
  • Firdaus Hashim - vokal (2007–2013)
  • Muhammad Zulhelmi - papan nada (2007–2009)
  • Zulkhairee - dram (2007–2011)
  • Shairulzaim - bes (2007–2016)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio
Demo
Single
  • "Dher Phalse Mesaya" (2011)
  • "Qhilav" (2012)
  • "The Great Extinction" (2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azmyl Yunor and gang take on a stripped down performance at No Black Tie next week. Star Online, 20 Apr 2013
  2. ^ Daarchlea officially announced their latest first studio album titled "Suns"
  3. ^ "DAARCHLEA - "SUNS" CD 2014". Ekstrim. Dicapai pada 9 Julai 2016.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]