Kumpulan Desire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Desire

Kulit album kumpulan Desire
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre rock
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 1980-an
Kegiatan berkait Berkumpulan


Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan rock di Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985. Nama asal ialah D'Zai.Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie (bass) dan Ali (drum). Kumpulan D'Zai amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986,Desire mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.).Setelah beberapa anggota baru bertukar ganti,(Saiful dan Zuki),Saiful mencadangkan nama kumpulan ditukarkan kepada nama Desire. Pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.

Pada tahun 1988 Kumpulan Desire telah muncul di persada tanah air dengan album sulung mereka SUMPITAN SENJA yang menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal dan slow rock. Album Sumpitan Senja menampilkan Ranzmie sebagai penyanyi utama. Ranzmie yang bersuara nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif, tetapi kurang menyengat untuk lagu yang berentak perlahan.

Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul TOLAK CAMPUR KALI BAHAGI. Album ini menampilkan Johan sebagai penyanyi baru mereka setelah Ranzmie mengambil keputusan untuk mengundur diri. Album ini telah menolak naik nama Desire ke peringkat lebih tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia dan mendapat anugerah Gold Disc dari Polygram. Genre muzik yang dimuatkan dalam album ini adalah berentak blues rock & hard rock.

Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk KATA KATA KATA dengan Eury Khan pula sebagai penyanyi utama. Genre muzik untuk album ketiga ini lebih kepada R&B dan funky rock. Eury kemudiannya menarik diri dan mengganggotai kumpulan Nobat atau S.O.S pada tahun 1991.

Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Desire ialah untuk mengekalkan ahli-ahli mereka. Perpecahan kerap berlaku apabila ada ahli yang mengundur diri bagi menceburi bidang lain. Ini kerana mereka bergiat aktif hanya di Kelantan, Terengganu dan Thailand dan tidak pernah berhajat untuk menetap di ibukota yang mempunyai lebih banyak peluang untuk ke hadapan. Kumpulan Desire ini terus menyepikan diri pada tahun 1991 sehingga 2005 selepas konsert rock diharamkan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2007, Kumpulan Desire muncul kembali dengan album ke 4 bertajuk PUTERI SAADONG. Genre muzik kali ini lebih kepada Pop Rock dan slow rock mengikut peredaran masa. Mungkin kematangan telah membawa kumpulan ini menerbitkan lagu-lagu yang berentak lebih segar dan relaks. Lagu-lagu di dalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh kumpulan Desire sendiri.

Pada tahun 2010,seiring dengan kemajuan teknologi terkini,sekumpulan peminat Kumpulan Desire mencari dan berjaya mengumpul semula ahli-ahli asal Desire,(Lie,Saiful,Zuky,Aziz dan Johan).Kumpulan Desire bersepakat dan bergabung semula dibawah nama 'Desire Reunion 2010'.Kali ini Kumpulan Desire berada dibawah pengurus mereka iaitu saudara Shamsul Ambia Mat Daud.Di bawah pengurusan saudara Shamsul Ambia,Kumpulan Desire berjaya mengadakan mini konsert di One Cafe,Kuala Lumpur pada tarikh 18/12/2010.Tetapi sewaktu hampir pada tarikh tersebut,saudara Saiful tidak dapat bersama-sama Desire untuk konsert tersebut.Dan,tempat beliau telah digantikan oleh saudara Nazri @ Yie sebagai gitaris kedua untuk konsert tersebut.Selepas berjaya mengadakan konsert tersebut,mereka mengeluarkan album Desire Reunion 2010 - live @ One Cafe pada awal tahun 2011.

Ahli-ahli Kumpulan Desire[sunting | sunting sumber]

Ahli Asal (D'Zai - Sebelum menerbitkan album)

  • vokal - Ranzmie @ Nasran
  • gitar utama - Razli @ Lie
  • gitar kedua - Amir/Saiful
  • bass - Eddie/Zuki
  • drum - Ali

Album : Sumpitan Senja (1988)

  • vokal - Ranzmie @ Nasran
  • gitar utama - Razli @ Lie
  • gitar kedua - Saiful @ Syzo
  • bass - Zuki
  • drum - Rosdi

Album : Tolak, Campur, Kali, Bahagi (1989)

  • vokal - Johan
  • gitar utama - Razli @ Lie
  • bass - Zuki
  • drum - Rosdi

Album : Kata Kata Kata (1990)

  • vokal - Eury Khan
  • gitar utama - Razli @ Lie
  • gitar kedua - Roy
  • bass - Zuki
  • drum - Bidin

Album : Puteri Saadong (2007)

  • vokal - Wadi
  • gitar utama - Razli
  • gitar kedua - Roy
  • bass - Atid
  • drum - Aziz/Lan/Aziz

Album : Desire Reunion 2010 - Live @ One Cafe Kuala Lumpur (2011)

  • vokal - Johan @ Joe
  • gitar utama - Razli @ Lie
  • gitar kedua - Nazri @ Yie
  • bass - Zuky
  • drum - Aziz

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Johan 'Juara Rock Kelantan' (1985)
  2. Johan 'Juara Juara Rock Malaysia' ke 2 (1987)


Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. SUMPITAN SENJA (1988)
  2. TOLAK,CAMPUR,KALI,BAHAGI (1989)
  3. KATA KATA KATA (1990)
  4. PUTERI SAADONG (2007)
  5. LIVE @ ONE CAFE (2011)


Sumpitan Senja (1988)[sunting | sunting sumber]

1. Sumpitan Senja
2. Dian Cinta
3. Kekejaman
4. Pemergian
5. Topeng Wajah
6. Kerana Cinta
7. Memoranda Luka
8. Bersyukur
9. Berakhir Sebuah Memori
10. Tinggalkan

Tolak Campur Kali Bahagi (1989)[sunting | sunting sumber]

1. Tolak Campur Kali Bahagi
2. Otak ular
3. Bias cinta
4. Dosa semalam
5. Sentuhan
6. Benar tetap benar
7. Hakikat cinta
8. Angkara manusia
9. Dinasti air mata
10. Cetusan rindu

Kata Kata Kata (1990)[sunting | sunting sumber]

1. Bayang-Bayang
2. Kembang Berdarah
3. Tarian Gagak
4. Hati Menangis
5. Perhitungan
6. Kata Kata Kata
7. Bunga Baldu
8. Azazil
9. Kenangan Hidupku
10. Wau Bulan

Puteri Saadong (2007)[sunting | sunting sumber]

1. Puteri Saadong
2. Perjuangan
3. Lara
4. Pelangi
5. Khayalan
6. Ingat Ingat
7. Menanti
8. Sesat
9. Cara Ku
10. Tanpa Mu

Desire Reunion 2010 - Live @ One Cafe (2011)[sunting | sunting sumber]

1. Puteri Saadong
2. Sesat
3. Pemergian
4. Angkara Manusia
5. Sentuhan
6. Hakikat Cinta
7. Dinasti Airmata
8. Kekejaman
9. Pelangi
10. Benar Tetap Benar
11. Bias Cinta
12. Otak Ular

Pautan luar[sunting | sunting sumber]