Devotees
| Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai. |
| Devotees | |
Kumpulan Devotees |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Lahir | 2003 |
| Asal | |
| Genre | “Urban Nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hip hop, Dance, Pop dan R&B |
| Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
| Tahun aktif | 2003 - |
| Label | D Voice Entertainment |
| Kegiatan berkait |
Berkumpulan |
| Laman web | Laman rasmi kumpulan Devotees |
| Ahli-ahli | |
| Adi Akmal Sehrom Abd Halim Ahmad Muhammad Mohd Tawil Ahmad Shauqi Abu Kashim |
|
Kumpulan Devotees merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid di Malaysia.
Nama asal Devotees ialah Devosi (Berasal dari devotion/kehambaan). Nama Devosi itu pula dipilih setelah menapis lebih kurang 40 nama lain. Akhirnya pada sebelum rakaman bermula, nama DEVOTEES dipilih, berdasarkan maknanya, senang sebutan dan nilai komersil. DEVOTEES membawa maksud PEMUJA, PENGGEMAR, PENYERAHAN.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Kumpulan DEVOTEES telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah pengurusan D Voice Entertainment. DEVOTEES telah membawa nafas baru dalam industri nasyid tanahair dengan menampilkan konsep “Urban Nasyid” yang berunsurkan Pop Dakwah dan “World Music” seperti Rap, Hip hop, Dance, Pop dan R&B yang bertujuan untuk memenuhi keperluan remaja masa kini dengan sesuatu yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran masa. Irama segar dan baru yang dibawa oleh DEVOTEES mampu menawan hati masyarakat terutama para remaja. Kehadiran DEVOTEES diyakini dapat menimbulkan kesedaran dalam masyarakat dan membendung gejala sosial yang semakin berleluasa terutamanya dikalangan remaja. DEVOTEES yang membawa maksud seseorang yang bersemangat terutamanya dalam ajaran agama, terdiri daripada 4 orang anak muda iaitu Adi Akmal, Abdul Halim, Muhammad dan Ahmad Shauqi yang masing-masing merupakan graduan dan mahasiswa IPT. Nama DEVOTEES juga dipilih untuk menunjukkan komitmen semua ahli kumpulan dalam memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.
[sunting] Ahli-ahli
- Nama:Adi Akmal Sehrom
- Umur:25 Tahun
- Asal:Johor Bahru,Johor
- Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
- Nama:Abd Halim Ahmad
- Umur:25 Tahun
- Asal:Kota Tinggi,Johor
- Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
- Nama:Muhammad Mohd Tawil
- Umur:26 Tahun
- Asal:Ranau, Sabah
- Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Nama:Ahmad Shauqi Abu Kashim
- Umur:26 Tahun
- Asal:Melaka
- Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
[sunting] Diskografi
[sunting] Album
Album sulung DEVOTEES telah diterbit dan diedar pada tahun 2005. Kelahiran album sulung DEVOTEES yang membawa genre ‘World Music’ teleh mengukir sejarah baru industri nasyid tanahair. Album yang menggabungkan irama pop, hip hop, rap, dance dan R&B telah dapat menambat hati para pendengar terutamanya golongan remaja.
Album DEVOTEES telah mendapat sentuhan istimewa daripada penggubah-penggubah terkenal seperti Yasin, Waheeda, Along EXIST, Abu Bakar RAIHAN and Munif HIJJAZ. Album yang terdiri daripada 10 lagu ini diterbitkan oleh DME Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh NAR Records Sdn Bhd.
Antara lagu-lagu hit kumpulan Devotees yang pernah menjuarai carta ialah seperti Tika Dinihari, Alpha, Lament dan Mencari Cinta. Lagu Mencari Cinta juga telah tercalon untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 yang lalu. Manakala, lagu Inggeris Lament pernah menjuarai Carta Jom Dengar di Radio XFRESH FM, dan Tika Dinihari telah mendapat tempat ke tiga bagi Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini (JNMI) 2006. Selain itu, lagu ini juga pernah menjuarai rancangan Carta Nasyid di Radio IKIM.FM
Kumpulan Devotees juga telah menghasilkan album MTV Karaoke DEVOTEES dan Album Hari Raya bersama Artis-artis NAR Records.
Devotees juga telah muncul dalam album kompilasi Nasyid Mantop terbitan Inteam Records dengan sebuah single baru bertajuk "Bersama".
Pada Mac tahun 2011, akhirnya Devotees muncul dengan album kedua yang berjudul 'Berjalan Tanpa Henti' yang diterbitkan sendiri oleh Devotees menerusi label Devotees Music Works.
[sunting] Lagu-lagu
- Alpha(menampilkan Akbar)
- Bersama
- Harapan (menampilkan Brother Salleh)
- Hijrah Menuju Allah
- Kekasih
- Lament
- Luahan Rindu
- Mahar Cinta
- Mencari Cinta
- Sahabatku
- Setiap Kali
- Tika Dinihari
- Tragedi Diana
[sunting] Pencapaian
- Finalis Anugerah Industri Muzik ke 18 Kategori Lagu Nasyid Terbaik
- Top 5 Juara NMI 2008
- Tempat ke-3 untuk Juara Nasyid Minggu Ini (NMI) 2006 bagi lagu Tika Dinihari
- Pencalonan untuk Juara Nasyid Minggu Ini (NMI) 2006 bagi kategori:
- Artis Baru Nasyid Popular 2006
- Lagu Nasyid Terbaik 2006 (Tika Dinihari)
- Anugerah Gemilang NMI 2006 (Album DEVOTEES)
- Persembahan Terbaik
- Tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan 2005 bagi kategori Artis Nasyid Popular
- Pencalonan awal untuk Anugerah Industri Muzik 2005 (AIM) bagi kategori:
- Kumpulan Nasyid Terbaik
- Album Nasyid Terbaik
- Lagu Terbaik ( Mencari Cinta)
- Kumpulan Baru Terbaik
- Juara Carta di Nasyid Minggu Ini (TV1) bagi lagu Tika Dinihari dan Mencari Cinta
- Juara Carta Nasyid di Radio IKIM.FM bagi lagu Tika Dinihari dan Mencari Cinta
- Juara Carta Nasyid di Radio IKIM.FM bagi lagu Bersama
[sunting] Aktiviti dan Persembahan
- Astro Gempak Universe 2008
- Jemaah Muharam 1430h Astro Oasis
- Gempak Desa Astro 2009
- Astro Raya Screening Aidilfitri 1429h
- Konsert Gema Belia Kelantan 2010
- Jom Heboh TV3 Danga Bay Johor Bahru Johor 2009
- Konsert Amal Kesenian Islam UKM 2006, 2008 dan 2009
- Konsert Aidiladha di Phnom Penh Kemboja 2008 & 2009
- Pesta Konvokesyen UKM 2006, 2007 & 2008
- Konsert Kesenian Islam UMS 2008, Kota Kinabalu Sabah
- Konsert Kemerdekaan 2008 Miri Sarawak
- Pesta Konvokesyen UPSI Tanjung Malim, Perak 2007 & 2008
- Anugerah Personaliti AURA SERI MAJALAH NUR, Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Sambutan Maal Hijrah 1428 Peringkat Kebangsaan di PWTC, Kuala Lumpur
- Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam 2007, KLCC, Kuala Lumpur
- Senandung Budaya (PAPITA), Tasik Titiwangsa
- Laman Santai Istana Budaya Kuala Lumpur
- Laman Seni DBKL-Karyawan, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
- Konsert MUBARAK ’06, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Konsert Malam Gema Hadhari 2006, Universiti Perguruan Sultan Idris
- Konsert ‘World Children’s Carnival’ 2006, Stadium Malawati
- Majlis Tilawah Al-Quran 2006 Peringkat Kebangsaan, Stadium Malawati
- SMART NACO Annual Dinner 2006, Hotel Sunway Lagoon
- Konsert RAUDHAH MUSICAL NIGHT, Universiti Islam Antarabangsa
- Konsert Amal Mendidik Jiwa, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan
- Konsert MANIS III, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Majlis Pelancaran KERABAT DEVOTEES dan Laman Web Devotees, Putrajaya Wetland
- Konsert DEVOTEES dan Majlis Bertemu Peminat di Singapura
- Artis Jemputan – Forum Ad-din bersama Radio IKIM
- Konsert Amal di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Jalur Gemilang Big Rides di Kelantan dan Terengganu
- SAVVY AMACAM TOUR Proton bersama Artis-artis NAR Records
- Konsert Devotees Karnival Raudhah & Keusahawanan (KARAK)IPG Kampus Pendidikan Islam,Bangi
- Dan banyak lagi
[sunting] Alamat
Devotees Music Works
Pengurusan Artis:013-2574857 Email: devoteesmusicworks@gmail.com
[sunting] Pautan luar
- http://www.devo.com.my
- http://devotees.forumwise.com
- http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2296
- http://jkim.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2222
- http://www.putera.com/tamadun/Berita/p2_articleid/162
- http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
- http://www.xfresh.com/v9/articles.asp?id=5656
- http://www.nasyeed.com/v7/calonnmi.pin
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/7/19/central/14807408&sec=central'
- http://www.suaramerdeka.com/cybernews/harian/0505/28/int5.htm