FRU (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan FRU)
FRU
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktifakhir 1980-an - 1990-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.muzikrock.com/fru_01.html
Bekas ahliDato' Hattan - vokal
Munir - dram
Mad Sulaiman - bass
Mon - gitar utama
Zack - keyboard (meninggal dunia)

Kumpulan FRU (Five Rockers Union) merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang muncul pada penghujung tahun 80-an. FRU mula dikenali ramai setelah muncul dalam sebuah rancangan televisyen iaitu Pesta Hiburan Kingsway.

Kumpulan ini bagaimanapun hanya menerbitkan sebuah album sahaja yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988 yang popular dengan lagu Di Hari Mindaku Terbuka sebelum berpecah. Vokalisnya, Hattan meneruskan kerjayanya sebagai artis solo sementara dua lagi anggotanya iaitu Mad (bass) dan Munir (dram) pula menyertai kumpulan rock yang popular pada dekad 90-an iaitu Mega. Mad terlebih dahulu menyertai Mega pada tahun 1989, manakala Munir pula menyertai Mega pada awal tahun 1991.

Ahli-Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Hattan sebagai vokalis
  • Mad Sulaiman sebagai pemain bass
  • Munir sebagai pemain dram
  • Mon sebagai gitaris utama
  • Zack sebagai pemain keyboard (meninggal dunia)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1989 Kelahiran
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1989
  • Format : Kaset
  • Label : PMC

Pautan luar[sunting | sunting sumber]