Flop Poppy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Flop Poppy)
Flop Poppy
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliAndy - vokal & gitar
Mijie - gitar utama
Megat - gitar kedua
Wandy - bass
Bakri - dram
Bekas ahliMan Kanan - dram (meninggal dunia)
Radhi - vokal
Syed Wayar - gitar kedua
Vijay - bass
Cha'a - gitar utama
Ejam - bass
Mie Apache - dram
Alfa Booty - gitar utama
Rizlan - bass
Rumie - dram


Kumpulan Flop Poppy merupakan sebuah kumpulan muzik yang telah wujud di Malaysia sehingga kini. Flop Poppy mula mencipta nama menerusi lagu Cinta, Aku & Kamu, Masih,Atas Nama Cinta dan Rest of My Life .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh empat anggota asal iaitu Radhi (vokal), Andy (gitar utama), Syed Wayar (gitar kedua) dan Vijay (bass). Pada ketika itu, Flop Poppy yang tiada pemain dram tetap berada di arena muzik underground dan hanya membuat persembahan di gig-gig kecil dan majlis-majlis di sekitar Kuala Lumpur.

Mereka kemudiannya muncul dalam album The Circle Of Friends pada tahun 1991 bersama kumpulan-kumpulan lain yang sealiran dengan mereka seperti Subculture, Art, Society dan lain-lain. Namun selepas keluarnya album tersebut, Radhi, Syed Wayar dan Vijay telah membawa haluan masing-masing, meninggalkan Andy sebagai satu-satunya anggota Flop Poppy. Untuk meneruskan kariernya dalam bidang muzik, Andy telah menyertai beberapa kumpulan muzik lain dan kebanyakannya sebagai pemain bass pada waktu itu.

Pada tahun 2000, Andy akhirnya terjun ke dalam arena muzik mainstream apabila dilamar oleh syarikat rakaman New Southern Records (NSR) untuk menjadi artis rakaman, sekaligus memberinya peluang untuk menghidupkan semula Flop Poppy. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Andy yang bertindak sebagai penyanyi & pemain gitar telah membawa masuk Bakri sebagai pemain dram tetap. Penyertaan Bakri dalam kumpulan tersebut kemudiannya membawa kepada penyertaan tiga pemuzik lain iaitu Mijie (gitar utama), Wandy (bass) dan Megat (gitar kedua). Dengan line-up ini, mereka kemudiannya menghasilkan album studio pertama mereka dalam iaitu A Decade Ago pada tahun 2001. Setahun selepas itu, mereka menghasilkan album studio kedua dengan menggunakan nama kumpulan mereka sebagai judul album. Album ini benar-benar menaikkan nama mereka dalam industri muzik tanah air dengan 2 lagu hit mereka yang berjudul Cinta dan Rest Of My Life mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan peminat.

Pada tahun 2004, kumpulan ini mengalami perubahan anggota apabila Bakri keluar dan digantikan oleh seorang pemain dram yang berasal dari Kuantan, Pahang bernama Azman Ismail atau lebih dikenali sebagai Man Kanan. Bersama Man Kanan, Flop Poppy telah menghasilkan album ketiga yang berjudul Say La V yang juga merupakan album terakhir mereka di bawah label NSR. Sepanjang bergiat aktif dalam industri muzik tanah air, kumpulan ini telah beberapa kali bertukar anggota dan ini menyebabkan Flop Poppy tinggal dua anggota asal iaitu Andy dan Megat.

Pada tahun 2018, pemain dramnya iaitu Man Kanan telah merancang untuk membuat reunion bersama anggota asal Flop Poppy iaitu Andy, Mijie, Megat dan Wandy. Namun pada tahun tersebut, Man Kanan telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung ketika menunggu waktu berbuka puasa. Walaupun Man Kanan telah tiada, Flop Poppy mengambil keputusan untuk meneruskan usaha Allahyarham dengan menampilkan semula Bakri sebagai pemain dram asal kumpulan ini. Mereka membuat persembahan Rona Bunyi: Flop Poppy - Rest Of My Life di Panggung Asia, Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada Ogos 2018.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Flop Poppy 1989 (Era Underground):

  1. Radhi - vokal
  2. Andy - gitar utama
  3. Syed Wayar - gitar kedua
  4. Vijay - bass

Flop Poppy 2000 :

  1. Andy - vokal & gitar
  2. Mijie - gitar utama
  3. Megat - gitar kedua
  4. Wandy - bass
  5. Bakri - dram

Flop Poppy 2004 :

  1. Andy - vokal & gitar
  2. Mijie - gitar utama
  3. Megat - gitar kedua
  4. Wandy - bass
  5. Man Kanan - dram

Flop Poppy 2009 :

  1. Andy – vokal & gitar
  2. Cha'a – gitar utama
  3. Megat – gitar kedua
  4. Vijay – bass

Flop Poppy 2010 :

  1. Andy - vokal & gitar
  2. Cha'a - gitar utama
  3. Megat - gitar kedua
  4. Ejam - bass
  5. Mie Apache - dram

Flop Poppy 2018 :

  1. Andy - vokal & gitar
  2. Alfa Booty - gitar utama
  3. Megat - gitar kedua
  4. Rizlan - bass
  5. Rumie - dram

Flop Poppy 2019 (reunion) :

  1. Andy - vokal & gitar
  2. Mijie - gitar utama
  3. Megat - gitar kedua
  4. Wandy - bass
  5. Bakri - dram

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. A Decade Ago (2001)
  2. Flop Poppy (2002)
  3. Say La V (2004)
  4. Cendera Jiwa (2005)
  5. Rasa (2009)

Lagu-Lagu[sunting | sunting sumber]

Single Flop Poppy

  1. "Circle Of Friends" (1992)
  2. "A Decade Ago" (2001)
  3. "Cinta" (2002)
  4. "Aku dan Kamu" (2002)
  5. "Keliru" (2003)
  6. "Rest of my Life" (2003)
  7. "Masih" (2003)
  8. "Jika Kau Bercinta Lagi" - feat. Nine Zulkarnain (2003)
  9. "Atas Nama Cinta" (2004)
  10. "Suziela" (2004)
  11. "Rahsia" (2004)
  12. "Mimpi Sedih" (2005)
  13. "Ya Kamu" (2006)
  14. "Mr Fantastik" (2006)
  15. "Kekasih Nafas Diri" (2009)
  16. "Dendang Remaja" (2010)
  17. "Rasa" (2010)


Lagu-Lagu Solo Andy

  1. "Aura" (feat. Ruffedge) - 2004
  2. "Sewaktu Dulu" - 2006
  3. "Sembunyi" (duet bersama Misha Omar) - 2007
  4. "Terima Kasih Cinta" - 2015

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Andy dianggap sebagai nadi utama kumpulan Flop Poppy. Ini kerana Andy kekal sebagai satu-satunya anggota asal Flop Poppy sejak 1989, bermula dengan peranannya sebagai pemain gitar utama sebelum menjadi vokalis.
  • Vokalis asal Flop Poppy, Radhi kemudiannya menubuhkan kumpulan OAG pada tahun 1992 bersama rakan sekolahnya iaitu Chi (dram), Ivan (gitar) dan Lam (bass).
  • Pemain dram asal Flop Poppy, Bakri berasal daripada keluarga berdarah seni. Ini kerana Bakri merupakan anak kepada pelukis terkenal negara, Ismail Embong sekaligus abang kepada adik-beradik Maembong iaitu Emma, Chacha, Yaya, Shikin dan Ahmad Maembong yang kesemuanya kini mencipta nama sebagai pelakon. Selain itu, Bakri juga merupakan anak saudara kepada gitaris utama kumpulan Iklim iaitu Umarul.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]