Flybaits

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Flybaits)
Flybaits
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanVokal / Pemuzik
Bekas ahliFredo
Atan
Horace
Eddie
Gerry (meninggal dunia)
Jeff
Rex Goh

Flybaits merupakan kumpulan penyanyi dan pemuzik serba boleh yang berasal dari Singapura. Kumpulan yang mula mencipta nama dengan lagu Kenangan Lalu ciptaan M. Nasir ini diketuai oleh Gerry Lachica selaku pengasas dan pemain papan nada Flybaits. Kumpulan ini juga mempunyai tiga penyanyi utama iaitu Fredo, Atan dan Horace. Lagu "Kasih Berubah" nyanyian mereka adalah lagu popular di Malaysia, malah menjuarai Carta Lagu Popular Minggu Ini (LPMI) pada tahun 1980, dan kemudian versi nafas baharu oleh penyanyi Singapura Ferhad pada tahun 2000 juga berjaya menjuarai Carta Era.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, kumpulan Flybaits terdiri daripada enam orang anggota yang mahir bermain pelbagai jenis alat muzik iaitu :

  1. Alfredo Villenguez Valentino (Fredo) - Penyanyi, Bass, Gitar
  2. Ahmad Osman (Atan) - Penyanyi, Trumpet, French Horn, Flute, Keyboard, Percussion
  3. Horace Wilfred Hutapea (Horace) - Trombone, Keyboard, Bass
  4. Ismail Marzuki (Eddie) - Dram, Gitar, Flute, Clarinet, Saksofon, Keyboard
  5. Gerard Ricardo Lachica (Gerry Lachica) - Piano, Keyboard, Saksofon, French Horn
  6. Rex Goh (Rex) - Gitar Utama

Namun pemain gitar utamanya, Rex Goh telah berhijrah ke Australia pada tahun 1972. Tempat Rex kemudiannya digantikan oleh Jeffrey Tan Yew Chai atau Jeff sebagai pemain dram Flybaits, sekaligus menjadikan Eddie sebagai pemain gitar utama Flybaits. Pada hujung tahun 70-an, Flybaits telah ditawarkan kontrak oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura, Polygram untuk merakamkan album. Album pertama Flybaits iaitu Mempersembahkan telah dikeluarkan pada tahun 1980 dan mereka telah menghasilkan 3 lagi album sebelum berpecah pada tahun 1984.

Flybaits 1980-1984 :

  1. Fredo - Penyanyi, Bass, Gitar
  2. Atan - Penyanyi, Trumpet, French Horn, Flute, Keyboard, Percussion
  3. Horace - Trombone, Keyboard, Bass
  4. Eddie - Gitar Utama, Flute, Clarinet, Saksofon, Keyboard
  5. Gerry Lachica - Piano, Keyboard, Saksofon, French Horn
  6. Jeff - Dram, Flute

Dua anggota Flybaits, Fredo dan Gerry Lachica telah memeluk Islam, masing-masing menggunakan nama Mohd Amani Abdullah dan Gerry Irfan Abdullah. Gerry telah meninggal dunia pada tahun 2016 akibat kanser manakala Atan meninggal dunia pada 19 Disember 2022 akibat sakit tua

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  1. Mempersembahkan... (1980)
  2. Pusingan Ke-2 (1982)
  3. Flybaits 3 (1983)
  4. Gurisan Hati (1984)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Kenangan Lalu (vokal Fredo)
  2. Kasih Berubah (vokal Fredo)
  3. Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (vokal Fredo)
  4. Kesan - Kenangan Lalu II (vokal Fredo)
  5. Andai Kata Serai Berbunga (vokal Fredo)
  6. Dewi Pujaan (vokal Atan)
  7. Cahaya Cinta (vokal Atan)
  8. Keindahan Alam (vokal Atan)
  9. Maafkanlah Kesalahanku (vokal Fredo)
  10. Sepi Datang Bertamu (vokal Fredo)
  11. Cemburu
  12. Dia (dan Surya)
  13. Joget Perkelahan (vokal Horace)
  14. Gara-Gara Cinta
  15. Nirwana
  16. Bergurau Senda (vokal semua)
  17. Senandong Irama (vokal semua)
  18. Balada Pemain Muzik (vokal semua)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]