Giegiel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Giegiel)
Giegiel
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, metal
PekerjaanVokal, pemuzik
Tahun aktif1999-kini
Syarikat rakaman
MIG Records
Pengkarya berkait
Edrie Hashim, Waheeda
AhliEjam - vokal, gitar
(juga menyertai kumpulan SYJ Pewaris)
Jeff - gitar
(juga menyertai kumpulan XPDC Peng Yu)
Blond - gitar bass
Doy - dram
(juga menyertai kumpulan SYJ Pewaris)
Bekas ahliEroll - gitar
Yusman - gitar bass

Kumpulan Giegiel merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock dan metal dalam bahasa Melayu.

Sepanjang karier seni mereka, kumpulan Giegiel telah merakamkan dua buah album studio bersama MIG Records (syarikat rakaman naungan Metrowealth International Group) iaitu album Gigil pada tahun 2002 dan album Eksklusif pada tahun 2004. Nama mereka mula menjadi bualan ramai selepas lagu Mencari, lagu duet mereka bersama penyanyi berimej Muslimah, Waheeda, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peminat muzik tanah air sehingga lagu tersebut berjaya memasuki peringkat separuh akhir rancangan hiburan terkenal TV3, Muzik-Muzik edisi kesembilan belas pada tahun 2004. Pada tahun yang sama juga, kumpulan Giegiel dan Waheeda dijemput untuk mempersembahkan lagu tersebut di Anugerah ERA 2004[1][2].

Sehingga kini, kumpulan tersebut tidak pernah dibubarkan walaupun Ejam (vokalis), Doy (dram) dan Jeff (gitar) kini mempunyai komitmen bersama kumpulan muzik yang berbeza. Ejam dan Doy kini menyertai kumpulan SYJ Pewaris bersama abang mereka, Alang SYJ; sementara Jeff pula bergelar pemain gitar untuk kumpulan XPDC Peng Yu sejak tahun 2018.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Ejam - vokal, gitar (juga menyertai kumpulan SYJ Pewaris)
  • Jeff - gitar (juga menyertai kumpulan XPDC Peng Yu)
  • Blond - gitar bass
  • Doy - dram (juga menyertai kumpulan SYJ Pewaris)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Eroll - gitar
  • Yusman - gitar bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 2002: Gigil
  • 2004: Eksklusif

Album[sunting | sunting sumber]

Gigil (2002)[sunting | sunting sumber]

  1. Keris Berkarat
  2. Qianat
  3. Kek Metal
  4. Jerat
  5. Jalan Malam
  6. Kucing Tua
  7. Pudarnya Satu Nama
  8. Lagak Perwira
  9. Berdamailah
  10. Genggam

Eksklusif (2004)[sunting | sunting sumber]

  1. Kemanusiaan
  2. Mencari (duet bersama Waheeda)
  3. Mistik Farisha
  4. Epilepsy Cinta
  5. Sentiasa & Selamanya
  6. Kora
  7. Rampas
  8. Cahaya
  9. Giegiel 2004 (Instrumental)
  10. Anak Tiong
  11. Percayalah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]