Handy Black

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Handy Black)
Lompat ke: pandu arah, cari
Handy Black
Kulit album Handy Black, Tangan Hitam.
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Tahun aktif 1986—2007
Laman web www.muzikrock.com/handy_black
Ahli
Amar (Penyanyi)
Lee (pemain gitar)
Elly (Pemain dram)
Zam (pemain gitar bass)

Handy Black merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1986.[1]

Antara lagu mereka yang dikenali ialah "Natrah" yang berdasarkan kejadian Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950-an. Lagu dari album kedua Handy Black ini telah diharamkan untuk penyiaran pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untuk kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah Mahmud (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) Badd (bass) dan Amy Kamikaze (dram),

Album sulung Handy Black bertajuk Gempak keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit mereka masa tu "Jenazah Cinta", dengan Isa Rahman sebagai penyanyi. Lagu-lagu Handy Black masa itu tidak sempat dibuat kompilasi sehingga kini. Handy Black kembali pada era 1990-an bersama beberapa line-up baru.

Kumpulan ini muncul semula pada lewat tahun 90-an dengan menampilkan penyayi baru Zul. Dan anggota lama kumpulan ini yang masih kekal ialah Lee dan Elly.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari Handy Black dan tempatnya telah digantikan oleh Amar dari kumpulan Crash yang pernah hit dengan lagu "Mahsuri" 1st album dan Abadikan Salam 2nd album. Amar telah dilamar oleh kumpulan Handy Black pada hujung tahun 2005 untuk mengantikan tempat Zul dan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, penanguhan penyanyi untuk Handy Black terpaksa ditunda untuk mencari penyanyi lain. Tapi dengan berkat kesabaran tiga anggota asal Handy Black sehingga awal tahun 2007, Amar sekali lagi dilamar oleh anggota Handy Black bagi menepati citarasa kumpulan ini. Setelah dipersetujui kesemua anggota Handy Black, Amar dengan sah menganggotai kumpulan Handy Black dan kini barisan anggota Handy Black ialah Amar, Zam, Lee dan Elly.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Penyanyi
  • Amar (Penyanyi - Bekas penyanyi kumpulan Crash)
  • Mahmud
  • Isa Rahman (pernah menyertai kumpulan Crossfire & Garuda)
  • Zul (Nurzul Suphia'an Sa'ban; lahir 1975)
Gitar
  • Lee (Rosli Jantan; telah menyertai kumpulan Sherox & Syj '90)
Bes
  • Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee; lahir 1970,pernah menyertai kumpulan Arena)
  • Bad (pernah menyertai kumpulan Scandals,Stranger,G.E.T dan EYE)
Dram
  • Elly (Mohamad Hamali Hassan; lahir 1973)
  • Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir; telah menyertai kumpulan XPDC, Viper & Kamikaze)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

1 Gempak (1988) = Vocal  : Isa Rahman. Gitar  : Lee (Rosli Jantan). Bass  : Bad(Md Badrulhisham MD Noorani). Drum  : Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir).

2Tangan Hitam (1989)= Vocal  : Isa Rahman. Gitar  : Lee (Rosli Jantan). Bass  : Bad(Md Badrulhisham MD Noorani) Drum  : Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir).

3 Album Lanun Darat (1998)= Vocal  : Zul Black. Gitar  : Lee (Rosli Jantan). Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee). Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan).


4Sakit Kepala (2000)= Vocal  : Zul Black Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Ari Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan).

5Lambang Sakti (2001)= Vocal  : Zul Black Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan .


6Realiti' (2003)= Vocal  : Zul Black. Gitar  : Rosli Jantan. Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee). Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan).

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Kau Yang Bernama Seri"
  • "Naga Sakit Kepala"
  • "Lambang Sakti"
  • "Surat Orang Kampung"
  • "Tidurlah Bidadariku"
  • "Manakah Lagi"
  • "Ada Aku Kisah"
  • "Bukan Senang mahu Senang"
  • "Maafkanlah Diriku"
  • "Naga Sakti"
  • "Gadis Idamanku"
  • "Seri Bewarna pelangi"
  • "Hanya Dalam Lagu"
  • "Tidurlah Wahai Permaisuri"
  • "Tangan Hitam"
  • "Natrah"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Handy Black", MuzikRock.com. Diambil pada 19 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]