Kumpulan Hidayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidayu
Album kumpulan Hidayu
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock
Tahun aktif 1990-an
Label P & C 1991 MSO (M) sdn bhd
Kegiatan berkait Berkumpulan


Kumpulan Bahtera merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli ahli Hidayu terdiri daripada 4 orang yang kesemuanya adalah pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak. Mereka adalah terdiri daripada Ajoi (Penyanyi), Sham (Lead Guitar), Tajol (Bass Guitar) dan Azroy selaku pemain dram. Pada awalnya, Radji adalah merupakan pemain dram kumpulan Hidayu ini. Album mereka telah diterbitkan pada sekitar tahun 1990. Kesemua mereka merupakan rakan baik sementara Tajol dan Ajoi adalah sebenarnya adik-beradik.

Mereka sering diundang untuk mengadakan pertunjukkan bersama kumpulan MAY yang juga berasal daripada Ipoh. Ada diantara lagu mereka pernah menduduki carta hit Radio pada ketika itu. Lagu mereka juga pernah disenaraikan di dalam carta Muzik Muzik untuk beberapa ketika.

Setelah menghasilkan satu album, kumpulan Hidayu akhirnya terpaksa berpisah dan membawa diri dan haluan masing-masing. Azroy telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan (Jadi Taukeh Fun Fair). Ajoi telah menganggotai kumpulan FTG sebagai penyanyi. Sham pula akhirnya menganggotai kumpulan AKAR,NOISSY,CHOSEN,SYJ/SOFEA. Manakala Tajol pula kini telah menjadi anggota dan pemuzik di RTM. Sham dan Tajol pada satu ketika pernah menubuhkan kumpulan UBIE dan menghasilkan sebuah album.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Hidayu - Perjanjian '91 - (1991)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Perjanjian
  2. Impian Lain Warna
  3. Hidup Metal Rock
  4. Kenangan Cinta Silam
  5. Aku Adalah Aku
  6. Pembela Bangsa
  7. Walaupun Sangsi
  8. Dataran Merdeka
  9. Lidah Bercabang
  10. Taman Kenangan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]