Hijjaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Hijjaz)
Hijjaz
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Hijjaz Music Entertainment
Laman sesawang
www.hijjaz.com.my
AhliIsman
Faizal
Arifin
Munif
Bekas ahli Salleh

Hijjaz merupakan kumpulan nasyid Malaysia, ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun. Ahli kumpulan ini ialah seramai 4 orang, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, meninggalkan hanya 3 orang ahli. Namun kini, ahlinya kembali berjumlah 4 orang.[1]

Hijjaz bergiat aktif menerusi syarikat Hijjaz Music Entertainment. Kumpulan ini juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti kumpulan Inteam, UNIC, Ae-man dan Mestica. Antara anak didik Hijjaz yang berjaya ialah Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Fadzli Aziz yang ketiga-tiganya ialah bekas ahli UNIC dan Suhaimi Saad ialah bekas ahli Inteam.[2]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :-

  1. Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz/Putra Aiman)
  2. Isman Nadim bin Isam (Isman/Manis Helma/Manis Alia)
  3. Mohd Faizal bin Osman (Faizal/Abai Os)
  4. Mohd Salleh bin Ramli (Soleh)

Namun pada 15 Februari 2001, kumpulan Hijjaz telah kehilangan seorang anggota apabila Salleh bin Ramli telah pergi menghadap Ilahi. Kematian Salleh telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun bermula dari album Pelita Hidup III, kumpulan Hijjaz telah menerima anggota baru dengan kemasukan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim .

  1. Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz @ Putra Aiman)
  2. Isman Nadim bin Isam (Isman @ Manis Helma @ Manis Alia)
  3. Mohd Faizal bin Osman (Faizal @ Abai Os)
  4. Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2003 - Sumayyah (Menang)
  • Anugerah Gold dan Platinum jualan melebihi 90,000 unit Keizinan-Mu
  • Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
    Pelita Hidup
  • Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
    Rindu
  • Anugerah Gold Jualan melebihi 30,000 unit dalam masa 4 bulan.
  • Anugerah Nasyeed Kategori Nasyid Sirah - Sumayyah

(Menang)

  • (Naib Juara) Gema Gegar Vaganza Musim 1 (2017)

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Najiy Jefri (20 Februari 2019). Imbau kegemilangan nasyid Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  2. ^ Rodzan Madzalan (10 Jun 2017). Hijjaz tunai impian rai peminat Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]